UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




"Mana duit raya kami?" - Peserta Felcra

Oleh Mohd Sabri Said

MAHANG, 24 Dis (Hrkh) - "Mana duit rayakami seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pertengahan Ramadhan lalu?" tanya Pak Cik Mohd Zain Awang, 82, yang mewakili 30 peserta Felcra di tiga buah petempatan di sini.

Ketiga-tiga petempatan itu ialah Felcra Ceruk Meranti, Sungai Pasir Dalam dan Sungai Tengas yang terletak di kawasan parlimen Kulim Bandar Baru. Beliau mendakwa, pihak Felcra yang berpejabat diSerdang, Kulim, tidak memberi apa-apa saguhati kepada para peserta di petempatan berkenaan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Sedangkan, katanya, kerajaan telah melaung-laungkan sebelum ini bahawa peserta Felcra seluruh negara akan menikmati 'durian runtuh' sempena Aidil Fitri 2001.

Beliau berkata, adalah tidak wajar Felcra tidak memberikan sesen pun wang raya kepada para pesertanya, sedangkan ia menikmati keuntungan yang banyak hasildaripada tanah milik orang kampung.

"Kami betul-betul berasa kecewa terhadap Felcra kali ini kerana tidak memberikan keuntungan yang diperolehi. Tambahan lagi ramai ahli yang terlibat dengan projek ini adalah daif dan miskin, " terangnya penuh harapan.

Lazimnya, kata beliau, pihak Felcra akan memberikan keuntungan hasil tanaman kelapa sawit sebanyak duakali setahun kepada para peserta, terutamanya pada bulan Ramadhan dan sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

Tetapi tahun ini, sambungnya, apa yang diharapkan ituadalah indah khabar dari rupa kerana mereka terpaksa berputih mata.

"Memandangkan kesusahan yang teruk yang dialami oleh kebanyakan peserta, adalah tidak patut Felcra menafikan keperluan ketiga-tiga penempatan ini," tambah beliau.

Pernah satu ketika dulu, jelas Mohd Zain lagi, peserta Felcra di situ menerima keuntungan sebanyak RM200 setahun.

Tetapi akhirnya, kata beliau, pertambahan berlaku apabila mereka sendiri membuat bantahan kepada agensi berkenaan.

"Setelah bantahan itu dibuat, kami menerima antara RM2000 - RM3000 setahun," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com