UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




RTM jadi alat jaja 'negara Islam' ala UMNO

KOTA BHARU, 26 Dis (Hrkh) - Umno kini mempergunakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencanangkan habis-habisan kononnya Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

RTM melalui siri wawancara khas dengan ulamak dari negara Arab menyiarkan temuramah tersebut setiap hari untuk memperlihatkan 'Islamnya' negara ini.

Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, begitu juga ada stesen-stesen radio milik RTM menyiarkan lagu-lagu Arab bagi mencerminkan negara Islam.

"Malah Radio IKIM FM diwujud juga kemungkinan untuk memperlihatkan kesungguhan Umno bagi menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Mereka cuba menampakkan elemen-elemen Islam melalui media tersebut," katanya pada ceramah sempena Aidil Fitri di Putik, baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan kerajaan BN untuk menggunakan pendekatan Islam sebenarnya sudah bermula sejak 1980, apabila arahan mengenainya dikeluarkan melalui Kementerian Penerangan.

Beliau berkata, kerajaan BN cuba mengelirukan rakyat melalui kaedah tersebut bagi 'mengaminkan' dengan apa yang disebut Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, bahawa Malaysia sebuah negara Islam.

"Mereka cuba menanam dalam pemikiran rakyat, apabila berbunyi sebutan Arab, ia sudah memadai untuk menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Sedang hakikatnya Arab dan bukan Arab adalah sama kecuali bergantung kepada ketaqwaan seseorang," katanya.

Adun Gual Periuk, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, kerajaan Umno (BN) tidak perlu memperbodohkan rakyat dengan agenda khas yang dirancang menggunakan RTM bagi menampakkan Malaysia sudah layak digelar negara Islam.

Katanya, agenda seumpama itu sebenarnya sudah ketinggalan zaman dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat.

Menurutnya, semua orang boleh mendakwa mereka sudah Islam dengan menzahirkan amalan pada kulit sahaja, sedangkan pengisiannya hendak dilabelkan Islam pun amat memalukan.

"Begitu juga dengan misi khas kerajaan Umno melalui RTM untuk menghebuhkan Malaysia sebagai negara Islam dengan mengeluarkan peruntukan besar menghantar wartawan menemuramah ulamak-ulamak dari negara Islam.

"Mungkin pada pandangan mereka, apabila seseorang ulamak bercakap dalam bahasa Arab ia sudah layak dianggap Islam oleh Umno. "Sedangkan di negara Arab sendiri terdapat ramai penduduk yang bukan beragama Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan usaha Umno mempergunakan hahis-habisan RTM bagi mengukuhkan kedudukan politiknya sudah jauh ketinggalan di belakang.

Adun Dabong, Haji Abdul Ghafar Yusof berkata, misi Umno melalui RTM yang sedang hebat mempromosikan Islam alaUmno tidak akan mencapai matlamat kerana berapa kerat sangat orang ramai yang menonton stesen berkenaan.

Katanya, berdasarkan kepada tinjauan rambang di kampung-kampung mereka tidak berminat dengan slot tajaan Umno tersebut, malah lebih gemar memilih stesen televisyen swasta yang lebih terkini memaparkan berita-berita semasa.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com