UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pelbagai pihak di sambutan hari raya di dataran MPKB

KOTA BHARU, 26 Dis (Hrkh) - Sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan kerajaan negeri di Dataran MPKB pada pagi 25 Disember mendapat sambutan menggalakkan biar pun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Program tahun ini mencetus sedikit kelainan apabila ia turut disertai hampir 200 orang cacat pendengaran.

Setiap ucapan serta persembahan mereka termasuk pentomen, pembacaan puisi dan bercerita dialih bahasakan oleh seorang jurubahasa.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan sambutan tersebut dan turut menyampaikan 'duit raya' pada peserta berkenaan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Menteri Besar melahirkan rasa bersyukur di atas kelainan yang terdapat di Kelantan, khususnya sejak 11 tahun lalu.

Menurutnya, kelainan yang diwujudkan di negeri ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar lebih beriman dan bertaqwa.

"Bukan itu sahaja, kita juga berharap semoga rakyat negeri ini bertambah cerdik dengan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi," ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri mengadakan solat sunat tarawih di Dataran MPKB dengan harapan rakyat menyedari tanggungjawab terhadap Allah.

"Rakyat jangan sibuk dengan urusan dunia seperti berniaga sahaja sedangkan amal ibadat akhirat dilupakan," katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anggota-anggota Dewan Negara, Hajah Jamilah Ibrahim dan Hajah Zailah Mohd Yusof dan isteri-isteri wakil rakyat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com