UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jentera PAS digerakkan sepenuhnya untuk menangkan calon BA

Oleh: Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Hrkh) - PAS akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mana-mana calon yang bertanding mewakili Barisan Alternatif (BA) dalam menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Indera Kayangan, kata Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mustafa Ali.

Menurutnya, Jabatan Pilihanraya PAS Pusat telah melakukan tinjauan di kawasan berkenaan bagi memastikan jentera pilihanraya bergerak dengan lancar.

Katanya PAS pada dasarnya telah bersetuju dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Keadilan untuk bertanding dalam pilihanraya berkenaan.

Dalam pada itu, menurut Setiausaha Pilihan raya PAS Pusat, Wan Rahim Wan Abdullah, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) Perlis telah mula melakukan persiapan bagi mengadapi pilihanraya tersebut.

"Jentera JPN PAS telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya ini. Kami akan menggerakkan tujuh Unit Peti Undi (UPU) yang mana tumpuan akan diberikan di tempat UPU yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu,"katanya.

Katanya lagi, UPU juga akan memberi tumpuan di kawasan taman- taman perumahan.

Menurutnya lagi, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk dijadikan markaz pilihanraya.

Justeru katanya, PAS akan mendapatkan lebih ramai petugas muslimat bagi memastikan lebih ramai pengundi muslimat akan memberi sokongan kepada calon Keadilan nanti.

"Jawatankuasa Bersama akan dibentuk bagi membuat persiapan penempatan petugas,"katanya.

Beliau berkeyakinan pilihanraya berkenaan akan berjalan dengan lancar.

"Kami yakin undi Keadilan tidak akan hilang dan kami akan memastikan jumlah pengundi dalam pilihanraya yang lalu dapat dikekalkan,"katanya.

Tambahnya lagi, PAS akan berusaha mendekati pengundi baru bagi memastikan kemenangan berpihak pada Keadilan.

Dalam merangka persiapan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hj Abd. Karim Mat Rejab menjelaskan sehingga kini PAS mengadakan dua kali mesyuarat dengan Keadilan

Katanya Jawatankuasa PAS Pusat memberi taklimat kepada PAS Perlis bagi membentuk Jawatankuasa Pilhanraya Unit Peti Undi(UPU).

"PAS telah membentuk tujuh UPU yang mana empat peti undi daripada PAS dan tiga dari Keadilan,"katanya sewaktu di hubungi Harakah hari ini

Katanya lagi, Jawatankuasa Penyelaras bagi Keadilan dan PAS telah ditubuhkan.

Untuk itu, katanya bilik gerakan Barisan Alternatif akan beroperasi pada 1 Januari nanti.

Menurutnya lagi, PAS akan mengadakan ceramah besar-besaran bersama pemimpin Keadilan bagi memujuk pengundi mengundi calon BA.

"Kami akan mengadakan tiga peringkat ceramah iaitu ceramah besar-besaran peminpin PAS, ceramah kecil dan ceramah berkelompok.

"Kerjasama wujud dengan Parti Keadilan dan kami telah membentuk jawatankuasa sebagai pembuat dasar.

"Kami difahamkan ramai pemerhati dari pelbagai negeri akan datang ke sini. Kami juga menyediakan penempatan untuk mereka. Oleh kerana Dun Indera Kayangan kecil, mereka akan ditempatkan di beberapa tempat di Dun yang berdekatan,"katanya.

Menurutnya lagi, muslimat juga akan memainkan peranan penting dengan mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Dun berkenaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com