UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sejarah Lunas akan berulang di Indera Kayangan

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Hrkh) - PAS akan memberi sokongan yang padu bagi mempastikan calon pakatan Barisan Alternatif (BA) mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Indera Kayangan di Perlis.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, penentuan calon yang bertanding akan diputuskan dalam perbincangan pimpinan BA.

"Kita (PAS) akan beri sokongan padu kepada siapa sahaja di kalangan calon Barisan Alternatif yang akan bertanding di Dun Indera Kayangan," ujarnya di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, adalah tidak mustahil sejarah kejayaan pakatan BA dalam pilihan raya kecil Lunas, Kedah akan berulang kembali di Indera Kayangan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyeru agar ahli PAS serta rakan-rakan dalam BA bekerja dengan kuat bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil itu.

"Kita mahu kemenangan yang dicapai itu hasil usaha gigih kita bekerja, bukannya berpunca dari kelemahan parti lawan," katanya lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com