UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pergolakan MCA jadi penghalang kemaraan BN di Indera kayangan

Oleh Lim Boon Tong

KUALA LUMPUR, 27 DIS (Hrkh)- Perpecahan dalaman MCA sekarang dipercayai akan memberikan kesan mendalam kepada pilihan raya kecil Indera Kayangan tidak lama lagi.

Penasihat Undang-undang Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Ser Choon Ing Setiausaha Rayuan Suqiu berpendapat perpecahan MCA akan mempengaruhi pemilihan para pengundi di Indera Kayangan.

Katanya, beliau mendengar banyak sungutan ahli-ahli biasa MCA yang menuntut perubahan pucuk pimpinan.

Bagaimanapun, bagi Ser, perebutan dan konflik dalaman dalam sesuatu parti seperti MCA adalah perkara biasa dan sememang lumrah dalam parti terdapat 'infighting'.

Ser berpendapat, sumbangan atau apa yang mereka dapat buat dan sumbangkan pada masyarakat Cina adalah lebih diutamakan dari kemenangan perebutan jawatan ataupun kemenangan pilihanaraya.

Dalam pada itu, Ser berpendapat dalam perebutan MCA ini, Presiden parti MCA adalah lebih 'advantage' berbanding lawannya dengan kelebihan peluang kemenangan sebab beliau mempunyai kelebihan kuasa dan memiliki 'upper hand' seperti termaktub dalam Perlembagaan parti.

Tambah beliau, hanya para perwakilan MCA akan mengundi pada bulan Jun tahun depan untuk menentukan pemilihan pucuk pimpinan parti dan ini bukan melibatkan majoriti ahli biasanya.

Loh Chee Cheong, Naib Ketua Pemuda KeADILan berpendapat perpecahan dalam pergolakan parti boleh mempengaruhi mentaliti pengundi di Indera Kayangan.

Dengan ini, pihak MCA takut kelemahan ini akan memberi kelebihan pada KeADILan.

Beliau mendakwa tindakan pengerusi MCA yang mengantungkan Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Ong Tee Kiat menunjukkan sifat diktaktor dan amalan tidak demokratik oleh Dr Ling Liong Sik.

Dalam perebutan dalam MCA, beliau mendakwa Team A mempunyai kelebihan untuk menang sebab dapat menguasai pendaftaran cawangan parti dan pengerusi yang berkuasa memecat dan pengantungkan Ketua Pemudanya.

Bagaimanapun, Tan Kuo Lai seorang pemerhati politik dari Pulau Pinang meramalkan Team B mempunyai peluang untuk menang pada pilihanraya MCA tahun depan.

Beliau berpendapat kedudukan Dr Ling Liong Sik akan tergugat.

Team B diketuai oleh Datuk Lim Ah Lek, Ong Tee Kiat, Chua Jui Meng dan Chan Kong Choy.

Jikalau Team B menang, Chua Jui Meng berpeluang menjadi Presiden parti yang baru bukannya, Lim Ah Lek, menurut ramalan Encik Tan.

Pergolakan politik kini semakin runcing dalam Parti Malaysian Chinese Association (MCA) dengan pengantungan Jawatan Exco Pemuda MCA dan Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat telah digantung oleh Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik dengan Ong tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sengketa dan perbalahan MCA berpunca dengan Isu Pembelian Suratkhabar Nanyang Siang Pau yang ditentang oleh majoriti undi membantah dalam mesyuarat tergempar Pemuda MCA.

Golongan yang menentang pembelian dikenali sebagai Team B iaitu Datuk Lim Ah Lek, Datuk Ong Tee Keat, Datuk Chan Kon Choy dan Datuk Chua Jui Meng.

Team A yang menyokong pembelian suratkhabar Nanyang diketuai oleh Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, Datuk Ong Kah Tin, Datuk Yap Hon Pian, Datuk Ting Chew Peh dan Dr Ng Yen Yen.

Dalam Mesyuarat Tergempar MCA, kumpulan Team A telah mendapat sokongan lebih 59 undi untuk membeli suratkhabar Nanyang.

Suara penentangan Team B tidak diendahkan dan diketepikan. Selepas itu, tidakan susulan dengan pelucutan Chua Jui Meng dari jawatan Ketua Perhubungan MCA-Kedah oleh Pengerusi MCA.

Pihak media Cina mensifatkan pelucutan jawatan Datuk Chua Jui Meng sebagai tindakan pengerusi MCA yang membalas dendam dan satu lagi percubaan pengerusi MCA untuk melemahkan pengaruh Team B di negeri Kedah.

Pada minggu ini, Datuk Ong Tee Keat telah digantungkan dari jawatan Ketua Pemuda MCA.

Persaingan dan perpecahan mendalam MCA umpama retak menunggu belah, dengan kedua Team A dan Team B yang akan bersaing dalam Pilihanraya Agung MCA yang akan diadakan pada bulan Jun tahun 2002.

Berikutan dengan kematian Adun MCA di Bandar Indera Kayangan, mendiang Khor Liang Tee telah meninggalkan satu kekosongan. Dengan ini satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari kematian ahli Dewan Undangan Negeri Indra Kayangan.

Mendiang Datuk Khor pernah mengalahkan calon Parti KeADILan, Ko Cho Liang dengan majoriti sebanyak 1,974 undi pada pilihanraya 1999, di mana Datuk Khor memperolehi 3,825 undi dan sementara Ko pula mendapat 1,851 undi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Badawi merayu dan cuba menasihati kedua puak, Team A dan Team B bersatu dan lupakan sengketa sementara menghadapi pilihanraya kecil Indra Kayangan pada bulan Januari tahun depan ini.

Datuk Abdullan Badawi berasa amat bimbang pihak Barisan Alternatif dan Parti KeADILan akan mengeksploitasikan pepecahan MCA sebagai 'satu isu politik' dalam pilihanraya ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com