Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Gerakan mencemar Aidilfitri

Penulis : Kala Mutiara

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri datang lagi. Walaupun ia dijadualkan akan disambut lebih seminggu lagi, semua umat Islam jelas semakin ghairah mempersiapkan diri, keluarga dan apa yang patut untuk memastikan ia benar-benar diraikan.

Suka atau tidak, sedar atau tidak, antara syarat kemeriahan Aidilfitri sejak sekian lama adalah kiriman kad ucapan dan sinaran lampu penuh warna-warni. Tetapi sedarkah kita, secara diam-diam dan mungkin disengajakan, kita sebenarnya menyambut lebaran dengan bayangan musuh Islam.

Saya baru saja terlihat sekeping kad ucapan yang dihantar kepada seorang kenalan. Dengan kualiti kertas yang baik dan reka letak menarik tidak ada salahnya kad itu. Cuma gambar hiasan pada muka depannya adalah sebuah masjid indah dan meriah tetapi dikelilingi bintang. Bukan sebarang bintang sebalikya bintang berbucu enam - suatu simbol jelas merujuk kepada Zionis/Yahudi.

Di suatu tempat lain di Pulau Pinang, kemilau lampu warna warni di tepi jalan juga tetap menarik, tetapi lebih menarik keinsafan adalah juga bintang berbucu enam itu.

Saya tidak pasti sama ada ia dirancang atau sebaliknya. Tetapi ada beberapa aspek yang perlu difikirkan:

- Kejahilan kita kepada ilmu. Nampaknya budaya kita sentiasa menerima asalkan bulan dan bintang adalah simbol Islam

- Mungkinkan ada gerakan perlahan tetapi terancang untuk menerapkan penerimaan secara luar sedar kepada unsur kuffar melalui wajah Islamik? Apakah kita disadurkan supaya melihat dengan penuh lapang dan gembira kepada simbol seumpama itu ketika umat Islam sedunia lain dianiaya Israel?

- Perlu diingat, simbol zionis (bintang berbucu enam) itu jika diterbalikkan adalah tepat menyerupai simbol penganut Black Metal yang songsang itu.

Apa yang lebih dibimbangi, kad dan lampu itu tidak hanya terpampang di Pulau Pinang, kerana pastinya corak dan kecenderungan menerapkan simbol itu secara terselindung tetapi biadab juga berlaku di tempat lain.

Kesimpulannya, semua kita perlu lebih berhati-hati dan berfikir serta bertindaklah berlandaskan ilmu......






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com