Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sembang-sembang Khir di FGR (3)

I.
Oleh : Anak sg panjang yang undi Khir dulu
Khir Toyo berlegar-legar di Tanjong Karang malam- begini
Sat Dec 1 23:14:43 2001

Malam-malam ni jangan lupa bahawa Khir Toyo walaupun khabarnya ambil cuti sakit tetapi berlegar-legar di Tanjung Karang, Sg Burong, Sg Panjang, tangkis dakwaan pembangkang dan Lutfi yang dia makan rasuah. Khir merayu-rayu pada orang kampung supaya jangan percaya fitnah Hassan Ali dan penulis upahan Lutfi. Tapi kami semua dah tahu cerita sebenar. Orang kampung sini tengok macam mana berlagaknya orang rapat Khir bergaya dengan kereta mewah walaupun belajar setakat darjah enam saja.

Orang Sg Panjang tak boleh nak diupah dengan seratus dua untuk percaya cakap Khir lagi. kalau budak-budak 20 tahun dapat tanah berpuluh juta ringgit, takkan kami penduduk sg panjang yang undi Khir nak dibagi dua tiga puluh ringgit saja. Dan kami tahu berapa banyak Khir dapat dari Cina Pua taukeh Cabaran Wangsa yang buat jalan di Sekinchan. Kalau bukan dua tiga puluh juta tunai jangan cakaplah.

II.
Oleh : Anonymous
Anak Toyol kepanasan di bulan ramadhan
Sat Dec 1 23:42:13 2001

Khir juga mendakwa, ada pihak tertentu sanggup mengupah orang tertentu untuk melaksanakan kerja-kerja fitnah kepadanya. Walaupun beliau tidak menyebut PAS secara langsung, dirasakan ia ditujukan kepada PAS. Apa ulasan Dr.

Sememangnya saya sedang meneliti tuduhan jahat itu daripada seorang manusia yang sedang lemas. Orang yang sedang lemas akan mencapai apa sahaja untuk bergayut. Dr Khir sedang terkapai-kapai.

Keadaan bertambah mengerikan bila orang-orang Umno sendiri tampil mengemukakan pelbagai aduan kepada aktivis- aktivis masyarakat termasuk pembangkang mengenai salahlaku/rasuah pemimpin-pemimpin mereka. Sekali lagi Khir cuba mencari kambing hitam kononnya PAS terlibat membiayai kerja-kerja fitnah terhadapnya.

Biar saya nyatakan di sini dengan sejelas-jelasnya PAS tidak pernah membiayai atau mengupah mana-mana orang melakukan kerja-kerja yang dikatakan fitnah itu. Apa yang PAS lakukan, sebagai parti bermaruah dan mewakili majoriti rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya 1999, PAS bersama-sama dengan siapa sahaja dalam perjuangan menentang kezaliman, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan sebagainya.

Alhamdulillah, usaha ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang begitu padu bagi mereka yang cintakan nilai- nilai murni kehidupan insan itu.

Dalam satu lagi dakwaannya, Khir berkata bahawa dalam pilihan raya akan datang PAS tidak akan dapat satu kerusi pun. Malah beliau berkata: "Saya pasti tentang hal ini." Dari sudut pandangan Dr pula, bagaimana harapan PAS dan parti-parti pembangkang lain di negeri Selangor ini.

Kenyataan Khir ini memang menggambarkan peribadinya sombong, angkuh dan bongkak. Mana boleh seorang manusia kerdil seperti kita mengambil tugas Allah untuk membuat penentuan terhadap satu-satu perkara. Kalah menang dalam pilihanraya adalah ketentuan Allah. Manusia hanya dapat mengusahakannya sahaja.

Bayangkan dalam umur 36 tahun dan baru menjadi Menteri Besar selama 14 bulan sudah begitu angkuh dan bongkak. Apa akan jadi kalau rakyat terus mengizinkan manusia rakus ini menerajui Selangor lebih lama lagi. Saya tidak dapat menggambarkan peridahsyatnya tindak tanduk beliau ketika itu.

PAS bersama dengan komponen BA sedang berusaha siang, malam, pagi dan petang untuk mengatur strategi, meneliti pelbagai taktik, membaca gerak langkah lawan dan mendekati pengundi dengan gerak kerja-gerak kerja bersepadu bagi menjamin kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.

Syukur Alhamdulillah, rakyat tua muda, bandar dan desa, kakitangan kerajaan dan swasta, polis dan tentera sentiasa berada di hadapan, belakang, kiri dan kanan kita. Walaupun dikenakan pelbagai sekatan, simpati rakyat terus menerus bersama kita. Makin kami ditindas makin tajam dan mendalam kebencian rakyat terhadap Umno/ BN. Inilah yang mengecewakan pemimpin Umno hingga mereka kelihatan meracau-racau sekarang ini.

III.
Oleh : Anonymous
BPR Selangor kamcing dengan Khir
Sat Dec 1 15:42:50 2001

BPR Selangor tempat Lutfi buat aduan dulu sebenarnya sudah bersekongkol dengan Khir. Mereka akan tutup kes rasuah Mb Selangor yang kamaruk tanah dan gila projek itu.

IV.
Oleh : Anonymous
2003, Selangor kita punya
Sat Dec 1 13:59:42 2001

Jom kita kasi bungkus sama itu Khir Toyo kaki rasuah, kaki kebas tanah Selangor, yang guna budak-budak 20 tahun, Tak cukup dengan itu, kita vtumbangkan BN Selangor, apa macam kalau Selangor ditawan BA, kita nak tengok muka Mahathir masa tu, hensem tak lagi, biar dia pegang Putrajaya tapi Selangor kita punya.

V.
Oleh : orang tak de parti
Baru ni aku jumpa dgn Suhaimi Peg. Khas Datuk Pa.
Sun Dec 2 07:48:43 2001

Dia kata : Lutfi selalu datang ambil VCD dan kaset2 ceramah UMNO di PWTC tu, sebab dah jadi penjual dan pengedar VCD, dia pun jual buku UMNO jugak sebagai mata pencarian. Ana pernah jumpa budak suruhan Lutfi yang berniaga di Pasar malam Sri Gombak. Ker dia ni orang munafik-talam dua muka-sebelah UMNO pun dia sapu-PAS pun dia sapu- gara2 nak dapat duit segera.

VI.
Oleh : Zakaria Musa
Habiss UMNO Selangor Kena Pukulan KO
Mon Dec 3 00:59:56 2001

Baru selepas solat terawih tadi aku bersembang-sembang dengan beberapa orang kuat UMNO kuala Selangor yang datang kerumah aku..Mereka telah bertekad untuk meninggalkan UMNO kerana UMNO penuh denngan gejala Rahsuah...dan amat kotor sekali kata beliau, dengan nada jijik... sambil memuji beberapa pemimpin pembakang Selangor Dr Hasan Ali yang berani menongkah ombak...

Tahniah dan Syabas......

VII.
Oleh : Anonymous
ada hikmahnya si khir toyo jadi MB iaitu utk meruntuhranapkan maruah UMNO selangor
Mon Dec 3 04:41:29 2001

kalau dah jatuh esok, Khir toyo akan dihina dan diejek oleh ahli umno yg lain...sebab memang dari awal dia tidak ada apa2 pengaruh dari umno, sekadar bidan terjun.

VIII.
Oleh : Madey Bapa Angkat Toyol
Apa Cerita Anak Toyo Sekarang ?
Mon Dec 3 09:35:31 2001

Selepas cuti takkan tak balik2 semula bertugas ..ker dah kena pecat .. tu la ..saper suruh makan rasuah banyak sangat .. kalau nak kaya jadi PM la ..bleh buat mahligai RM200 juta dan beli pesawat peribadi Rm200 juta .. saper komplen bersedialah masuk ISA

IX.
Oleh : Masih ahli Umno Shah Alam
Khir sapu duit Umno pula
Mon Dec 3 12:54:41 2001

Khir Toyo, MB Selangor yang panas dengan isu rasuah kini menghadapi dakwaan baru, iaitu melesapkan wang Umno Selangor. Segala dana yang dibagikan kepada Umno Selangor melalui Khir Toyo tidak dapat dikesan. Menurut Bendahari Umno Selangor, Adnan Buyong, yang juga orang Mat Taib, Ketua Perhubungan Umno negeri, duit Umno Selangor tinggal tidak berapa banyak lagi. Khir tidak menyerahkan duit yang diterimanya bagi pihak Umno Selangor kepada Adnan Buyong kerana itu akan menyebabkan nama Mat Taib naik. Bagi Khir, dia mahu tenggelamkan sama sekali nama Mat Taib kerana ramai orang ingat selama ini dia hanya MB boneka kepada Mat Taib. Memang benar Umno Selangor tak ada duit, tapi Khir dan Dr Karim Mansor mempunyai wang beratus juta, dan sebahagiannya adalah kepunyaan Umno Selangor. Khir ...l khir

X.
Oleh : AnakSelangor
MakLumat Rasuah MB lagi
Mon Dec 3 14:57:16 2001

kami dari banting selangor akan berjumpa Lutfi di pejabat untuk memberi beberapa maklumat rasuah di kalangan JKK daerah banting yang bersangkutan dengan Dr karim mansor

.............bersambung




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com