Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sembang-sembang Khir di FGR (7)

I.
Oleh : Anonymous
mula lawak, tapi lepas PM jumpa Speaker Kedah
Wed Dec 12 10:45:12 2001

memang mula-mula dianggap cerita lawak, dilawakkan oleh BPR dan Mahathir sendiri. Tapi aku percaya dalam kes ini, cukuplah kalau Mahathir bertanya sepatah dengan Badarudin Amirudin, dan berjumpa dengan anak lelakinya itu.

II.
Oleh : adiputra
Re: Anak Badarudin Amirudin ada cerita menarik pasal Khir
Wed Dec 12 09:47:55 2001

Syabas ! Korupsi kerajaan madir sudah sampai kemuncaknya ya...
Bila lagi akan diijabkabul dengan inna lilla hi wainna ilahirol jiunn..........

III.
Oleh : shahidan kassim
hidup khir toyo!!!!!!!
Tue Dec 11 22:54:21 2001

HIDUP RASUAH!!! HA... HA... HA.... PADAN MUKA ENGKAU ORANG BA, ALANGKAH KAYA NYA AKU DALAM AMENO. HIDUP AMENO.... RASUAH IS OUR WAY OF LIFE

IV.
Oleh : Anonymous
Khir Toyo perlu terus jadi MB
Wed Dec 12 00:31:48 2001

Bagi saya, Lutfi tak akan rugi apa-apa kalau Khir terus memerintah Selangor. pembangkang lebih beruntung kerana isu Khir ini dapat diperpanjangkan sampai pilihan raya dan lebih penting Umno selangor akan terus bercakaran sesama sendiri kerana hasad dengki yang kuat untuk saling jatuh menjatuhkan.

Yang rugi tetap Khir. Namanya sudah busuk macam perut ikan kembung yang disimpan seminggu. Surat khabar sudah bagi peluang dia jawab, tak dilencongkannya kepada isu-isu lain. RTM sudah bagi peluang untuk Khir jelaskan isu sebenar, tapi dia serahkan kepada anggota Exconya untuk membela dirinya.

Yang ini saya cukup pasti. Masa depan politik Khir sudah pun berakhir, dengan izin Allah. Paling panjang pun hayat politiknya ialah sampai pilihan raya akan datang, jauh dari itu jangan haraplah.

Untuk harapkan BPR bawa Khir ke muka pengadilan adalah perkara mustahil. Khir hanya akan menerima tekanan dari segi politik, iaitu tidak lagi terpilih dalam pilihan raya akan datang. Angan-angannya untuk bertanding Ketua Pemuda Umno lebih baik lupakan saja. Jawablah dengan yakin segala dakwaan rasuah yang dihadapkan kepadanya.

Saya nak tanya untuk kali terakhirnya, macam mana Dato' Seri bayar tanah di Bangi tu? Dari mana duit Dato' Seri untuk bayar RM231,678.00 itu? Apakah Dato' Seri bayar serentak semuanya ataupun secara bulanan? Lebih baik Dato' Seri jawab secara jujur, sebab kalau cuba berbohong, nanti terbongkar cerita lain pula, malu! Bukan saja Dato' Seri yang malu, keluarga Dato' Seri pun turut malu sama. Saya berasa cukup simpati dengan keadaan emak dan bapa Dato' Seri akibat perbuatan Dato' Seri sendiri.

V.
Oleh : Noor Ashikin Mohd tu sapa dia khir ?
selamat hari raya khir...maaf zahir batin
Wed Dec 12 21:01:49 2001

Bagaimana Ahmad Azmir Mohd Yusoff, Noor Ashikin Mohd dan Mardhiah Mohamad dilantik sebagai pengarah pada hari yang sama 28 Mei 2001 dan tidak sampai 40 hari selepas itu iaitu pada 4 Julai 2001, mereka bertiga mendapat tanah 50 ekar di Kuala Langat?

VI.
Oleh : entah
raya tahun ni Khir TOyo tak berapa nak ceria takut orang tanya macam2.
Wed Dec 12 20:41:22 2001

tak buat rumah terbuka ke tahun ni?? so kepada semua rakyat selangor sediakan sebanyak mungkin soalan cepumas utk khir toyo.

p/s: aku cuma nak tanya khir boleh tak mintak tanah PKNS dgn diskaun 50%.

VII.
Oleh : Kawan Lutfi
Pendedahan baru ekoran laporan Lutfi kepada BPR
Wed Dec 12 14:53:14 2001

Untuk segala pengampu dan penjilat Khir Toyo, cuba kamu jawab bukti-bukti baru yang kami dapat:

1. Cukup dengan satu soalan dulu, seorang surirumah, Suzaliwani bt Mustapin telah disebut dalam laporan Lutfi kepada BPR bahawa telah mendapat dua kali tanah, iaitu dalam mesyuarat Exco, 20 November 2000, seluas 50 ekar di Shah Alam melalui syarikat Fadhilat Permai. Kemudiannya pada 4 Julai 2001, Suzaliwani Mustapin ini juga mendapa lagi 50 ekar tanah di Kuala Langat, melalui syarikat Global Bakti.

Soalnya siapakah Suzilawani Mustapin ini?

Beliau adalah sepupu kepada Dr Karim Mansor, Setiausaha Politik Dr Khir Toyo. Ingatlah sikit segala pengampu dan penjilat Khir, kami sudah sampai ke Banting dan Sijangkang, di sini begitu banyak nama-nama terbabit, yang semuanya adalah kroni, dan kami akan dedahkan siapa mereka.

Inilah bukti terdekat hanya kroni MB saja yang layak dapat tanah berpuluh malah beratus ekar, yang nilainya juga ratusna juta ringgit. Yang kamu dok hebahkan hanya bagi seekar seorang kepada orang tua yang dah mohon berpuluh tahun tapi kepada kroni, sampai beratus ekar, sedangkan mereka baru sebulan dua menjadi pengarah syarikat.

Jaga kau Karim

VIII.
Oleh : Anonymous
Kan Lutfi dah sebut kes anak Badarudin ni
Wed Dec 12 14:46:27 2001

Sebenarnya isu Khir dirasuahkan RM8 juta oleh Tan Sri Tan Ah Chai, taukeh Talam Corporation, yang diceritakan oleh anak Speaker DUN Kedah, Badarudin Amirudin telahpun dibawa oleh Ahmad Lutfi Othman dalamlaporannya kepada BPR, 23 Oktober lalu.

Saya petik, Perkara E (4):

"Projek pembinaan Universiti Selangot yang diusahakan oleh Talam Corp juga hangat diperkatakan. Talam dikatakan membina Unisel untuk Kerajaan Selangor dengan belanja RM600 juta. Kerajaan Negeri tidak perlu membayar apa-apa kepada Talam, tetapi Talam diberikan sejumlah tanah yang begitu luas sebagai imbalannya. Ada berkata, kelulusan tanah itu melebihi 1,300 ekar dan nilainya jauh berlipat kali ganda daripada RM600 juta. Dr Khir juga dikatakan menerima imbuhan lumayan daripada Talam, minta siasat."

IX.
Oleh : Tong Taik
kenapa pengampu Khir suka ubah topic ? yg pergi melalut cerita lain buat apa
Thu Dec 13 04:51:04 2001

bila Khir claim dia banyak tolong orang melayu kita question dia balik pasal apa dia tolong melayu yg sama berkali-kali dia tak mau jawab....padahal melayu lain ramai lagi memerlukan bantuan. puak2 ni sembang macam tong kosong. tolonglah explain samsuri rahmat pasal apa dpt tanah sampai 4 x ??

X.
Oleh : Anonymous
Khir, pengkhianat Melayu
Thu Dec 13 12:10:56 2001

sikit-sikit tolong Melayu, itulah wirid Khir Toyo untuk menutup tembelangnya yang dah pecah. Tapi tolong Melayu yang mana? Bila dia bagi projek jalan termahal di Sekinchan kepada syarikat Melayu, Meram Holdings, dia bagitahu Pemuda Umno pada majlis 30 Oktober di SUK bahawa itu semua untuk tolong Melayu. Melayu kepala bapak dia!

Yang dapat buat semua projek itu, aku ulang, semua projek itu, adalah taukeh China di Sekinchan, Pua Kim An, 27 tahun, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir. Walhal Meram hanya digunakan namanya saja, dan kini pengarahnya sudahpun lari ke luar negara sebab banyak sub-kontraktor yang cari dia pasal bayaran tak dibuat dalam banyak projek yang tertangguh dulu. Kalaupun nak tolong melayu, banyak lagi kontraktor melayu berwibawa yang boleh buat kerja.

Jangan temberanglah Khir, aku tahu, yang kamu bagi pada Pua Kim An sebab kamu nak duit panas RM20-30 juta. Semua orang dekat Sekinchan ini tahu cerita buruk kau tu. Pua Kim An menjaja nama kau merata-rata, dia sibuk cari RM20-30 juta untuk bayar kepada kau dengan merayu kawan-kawannya bagi pinjaman duit. Malah kos projek yang diperuntukkan kepadanya RM60 juta itu sudah cukup banyak boleh buat untung, dan lebihnya Khir Toyolah yang sapu. Jangan mengarutlah Khir dan penjilatnya bahawa kamu semua berusaha nak tolong melayu.

Khir, kamulah pelingkup bangsa Melayu di Selangor ini. Hanya fikir nak sapu tanah, kebas projek untuk suku-sakat.

.............bersambung




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com