Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KMU DENGAN IKAN BELUKANGNYA..

Oleh: b_mogg

Parti Ampo Setan (PAS), n.ajis, Haji Hadi Bawang, Anwar Auta i-Berahi-m adalah mudah sekali perkataan ini kita jumpa jika kita layari dari sebuah portal KMU yang dikatakan cukup popular dan merupakan penyampai maklumat atau platform untuk mendapatkan maklumat terkini dari parti UMNO.

Bagi pendapat penulis tidak kira ia sebuah portal pro atau contra dengan pimpinan sekarang, ia adalah medan atau platform kita untuk mengasah bakat-bakat muda berfikrah dengan berlandaskan ilmiah dan fakta. Secara tidak langsung ia dapat melahir kan satu generasi pelapis di masa hadapan untuk mewarnai arena politik Malaysia. Tetapi apabila kita melayari portal yang mereka kata sudah established dah sudah berumur setahun ini ia tidak ubah seperti kita menjengah ke tempat pembuangan sampah perbandaran.

Menjijikkan. Meloyakan, penuh dengan perkataan nista yang langsung tidak mencerminkan peradaban seorang manusia yang menuju era 2020.

ZAMAN JAHILLIYAH SESUAI!!

Hanya dengan ada beberapa kerat sahaja yang mampu berfikrah secara ilmiah dan itu pun terpaksa di plagiat dan di pending daripada di siarkan untuk tatapan umum. Sebab apa? Sebab mereka tidak boleh menerima sebarang kritikan yang membina dari mewarnai portal mereka, mereka lebih rela dengan artikel yang bertemakan kutuk mengutuk , keji mengeji secara direct tanpa ada asas dan teras. Barah sebegini telah lama mewarnai grass-root UMNO.

Bayangkanlah apabila satu artikel yang telah di postingkan disambut dengan berbelas komen yang begitu jijik. Buruk dari segi ilmiah, perkataan, bahasa dan paradoks sebegini yang mereka cuba terapkan dalam portal KMU.

Jika boleh penulis ingin memberikan satu contoh yang mudah untuk kita gambarkan situasi yang berlaku didalam portal KMU ini.

Pernah pergi ke kampung air? Yang mana komuniti disitu hidup dirumah berpancangkan didalam air. Perhatikan keadaan di sekeliling, di situ lah mereka mandi dan membuang najis. Membuang najis?

Ya..membuang najis mereka ke laut atau ke muara sungai dan najis ini akan di sambut oleh kawanan ikan belukang. Sudahlah artikel mereka seperti najis, yakni langsung tidak isi-teras untuk di sampaikan secara tepat dan yang lebih dahsyat lagi ia disambut pula kawanan pemberi komen yang seumpama belukang gemarkan kan najis!!

SADISNYA MEREKA!!

Apa yang penulis ingin tekankan disini, apakah wadah sebenar portal KMU ditubuhkan?
Adakah untuk melatih atau merekrut pelapis UMNO supaya mahir mencarut?
Begini lah nasib portal ini dan sepatutnya pelayar web ditanya are you above or below 21 yrs old apabila hendak surf KMU.

BELUKANG KO!!!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com