Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KMU PLAGIAT DAN DOUBLE STANDARD II

Oleh: ESTETIKA

Setelah berita KMU plagiat dan double standard disiarkan banyak komen yang diterima penulis yang berasa kebenaran dengan penulisan tersebut. Penulis merasakan tidak keseorangan dan berharap KMU dengan segera memperbaiki kelemahan mereka. Penulis ingin berpesan yang pengurusan KMU bukanlah ada apa apa jawatan besar didalam UMNO dan tidak berjawatan menteri @senator @ apa apa yang berkaitan yang memerlukan mereka bersikap menunjuk kuasa.

Perbetulkan sikap anda dan siarkanlah semua artikel yang dihantar walaupun anda berhak untuk mengeditnya.

Juga kembalikan nama asal penulis kepada semua artikel artikel yang telah penulis sumbangkan secara percuma kepada KMU. Ini penting kerana penulis akan bertanggungjawab dengan hasil kerja penulis. Sekiranya hasil kerja penulis di plagiat, penulis akan meninggalkan KMU dan mula membencinya.

KMU janganlah jadi seperti mulut disuap pisang dan buntut dikait duri yakni melindungi kebenaran dan kenyataan dengan mempromosi individu dan organisasi yang disukainya sahaja. Juga jangan melibatkan dengan sebarang konspirasi menjatuhkan siapa siapa.

Jadilah KMU seperti diawal penubuhannya dulu.

Penulis juga nak komen sikit tentang Putera Kedah.

Segala kritikan anda kepada penulis adalah diluar tajuk sebenar. Penulis sebenarnya ingin berdebat mengenai isu double standard dan plagiat KMU terhadap penulis kerana penulisan penulis sebelum ini semuanya disiarkan tanpa edit.

Sekiranya Putera Kedah inginkan Badan Perhubungan UMNO Kedah turun ke Lunas, carilah Ketua Pemuda UMNO Bahagian, buat perbincangan untuk sesuatu program dan jemputlah sesiapa sahaja dari Badan Perhubungan UMNO Kedah. Fazil Noor dan Samy Vello turun kesana kerana pihak bawahan mereka seperti Putera kedah buat program dan menjemput mereka. Janganlah Putera Kedah hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan hujan dilangit. Hujan bukan datang setiap hari tetapi ada musimnya. Diharap Putera Kedah selaku pemimpin kecil di Lunas memahaminya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com