Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MAT SABU DITANGKAP - APA TINDAKAN PAS ?

ASSALAMMUALAIKUM wmt:

Sudah sampai masanya untuk pihak PAS meneliti dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis yang sering mengganggu tazkirah dan ceramah PAS di tempat persendirian. Tindakkan ini perlu di ambil kerana untuk menyedarkan pihak polis yang menjadi anjing PAK LAH bahawa kerja PAS adalah sah di sisi undang-undang dan PAS tidak pernah mengganggu ketenteraman UMNO dalam menjalankan aktivitinya kepada awam.

Sudahlah anjing-anjing itu tidak bersembahyang, tindakan mereka di dalam bulan Ramadhan telah mencemarkan kesucian Islam dan bulan Ramadhan itu sendiri. Tindakan ini juga tidak ubah lakunya dengan keadaan polis Israel yang sentiasa mengawasi umat Islam Palasetin yang bersembahyang Jumaat dan di dalam bulan Ramadhan. Di manakah realitinya PAK LAH sebagai cucu seorang ulamak terbilang di dalam tindakan ini yang UMNO mendakwa Malaysia adalah sebuah negara Islam?

Baru sekadar ini kuasa di berikan oleh Allah SWT kepada PAK LAH, PAK LAH menghambat orang-orang Islam lain oleh ajing-anjingnya, cuba mengujudkan kekacau dengan peniaga-peniaga di malam tersebut dengan harapan agar peniaga -peniaga itu akan bertindak balas, jadi mudah lah anjing-anjing PAK LAH bertindak dan mencari alasan bahawa polis bertindak kerana ketenteraman awam.

Tindakan anjing-anjing ini telah menimbolkan kekacauan dan hak rakyat telah di cabar dari semua sudut. Sudahlah peruntukan untuk rakyat yang memilih wakilnya di sekat, rakyat nak mendapat tazkira dan beramah mesra dengan wakil rakyatnya juga telah di sekat.

Dari itu di samping program-program yang di jalankan saya menyaran supaya setiap rakyat yang benci kan kezaliman hendaklah selalu mengerjakan solat hajat agar kerajaan yang zalim ini dapat di gantgikan dengan kerajaan yang di redai oleh Allah SWT. Di samping itu penerangan-penerangan mengenai agama Islam hendak lah di perbanyakkan di dalam Harakah dengan kolum khas. Kalau boleh di terjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan Tamil. Saya sendiri bisa memberi penerangan di dalam Bahasa Mandarin demi untuk memantau dakyah UMNO sebagai negara Islam.

Para ilmuan hendaklah berganding bahu dalam memajukan PAS dengan memperbanyakkan aktiviti di setiap ranting akar umbi secara sukarela. Program bersepadu ini adalah perlu di laksanakan serentak kerana kita tidak mempunyai masa untuk menghadapi pilihan raya yang mendatang. Kesemua makluman balas kita telah di cedok oleh UMNO dan UMNO telah mengambil tindakan ini untuk mendekati rakyat. Juga kita perlu mengambil iktibar di atas kemasukan bekas-bekas ahli UMNO yang musang berbulu ayam sepertimana yang terjadi kepada KEADILAN.

Jesteru itu satu tindakan berani yang tidak menyalahi undang-undang negara hendaklah di kaji dan dilaksanakan dalam mempertahankan hak kita di dalam memberi penjelasan kepada rakyat perlulah di lakukan.

wassalam;

laduniseven.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com