UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




CANDRA MUDZAFFAR TIDAK PERLU MENYALAK

Assalamualaikum dan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua.

Chandra Mudzaffar tidak perlu menyalak setelah menjadi umang-umang di dalam Keadilan.Tidak ada sesiapa yang mengongkong beliau untuk menjadi penganalisis seperti G.P.Pillai, C.K. Tan dan sebagainya. Sebenarnya tindakan beliau hanyalah membuka pekung di dada bahawa beliau tidak mempunyai ketokohan di dalam kepempinan apatah lagi untuk menggerakkan jentera sebuah parti politik yang besar seperti Keadilan. Tindakan beliau hanyalah untuk menjaga perut sendiri setelah menyedari sdr Anuar tidak dapat memberi apa-apa lagi kepada beliau.Inikah yang di katakan perjuangan? Perjuangan tidak memerlu orang yang pengecut seperti beliau atau beliau mempunyai agenda tersembunyi untuk meraih simpati BN!

Dari awal lagi Keadilan melabelkan bahawa orang-orang yang mempunyai kepentingan diri tidak akan di terima oleh Keadilan. Yang demikian pergolakan di dalam Keadilan sebenarnya satu perubahan biasa bagi merealisasikan Parti Keadilan yang masih baru di mana sudah tentunya terdapat kelonggaran di mana-mana.

Tindakan Ruslan Kassim yang kebetulan di puak Abim adalah sebagai satu tindakan yang kebudak-budakan dan tidak rasional setelah melihat suara-suara beliau seolah-olah gunong-gunong bisu pecah berderai dek semangat beliau, tetapi menjadi lembik, hampa dan kecewa macam orang mati pucok bila tidak sampai ke puncak. Terutama sdr Anuar dan Kak Wan yang menaruh harapan dan penolakkan beliau tidak lebih sebagai satu penghinaan kepada Kak Wan. Kesedaran dan hala tuju perjuangan Keadilan perlulah telus, terus membangun bersama parti komponen di dalam BA yang lain terutamanya PAS. PAS perlulah berhati-hati untuk menerima orang-orang yang tidak ada telur seperti ini yang mudah terjebak dengan umpanan BN!

Disamping itu PAS perlu bersedia untuk membuktikan bahawa dasar perjuangannya adalah berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadith. Perlu di terangkan dan di jelaskan kepada yang bukan Islam bahawa Islam tidak bercanggah dengan politik dan Islam bukan agama yang melambangkan keganasan. Tindakan Parti Progresif Rakyat Malaysia untuk membincangkan kedudukan agama Islam dan agama Islam melambangkan kegaganas di dalam mesyuarat agongnya nanti tidak boleh di pandang sepi.

Malah PAS perlu menerima hakikat bahawa sebuah pendekatan lain mengenai isu perdebatan tentang Islam di antara UMNO dan PAS tidak menjanjikan apa-apa keuntungan kepada PAS sekali pun PAS menang di dalam perdebatan tersebut. Ini sudah menjadi soal remeh di mana pemuda pemudi Malaysia tidak lagi berminat dengan isu ini. Terutama pandangan mereka terhadap Islam tidak meyakinkan mereka sebagai agama yang memberi kesejahteraan dunia dan akhirat. Sebagai agama Addin! Malah penyelewengan aqidah yang di buat olah Dr Mahathir Mohamed dan Astora Jabat telah mengjadikan keliru tentang Islam itu sendiri. Jadi berluasalah perkara-perkara yang mungkar terhadap gejala sosial di kalangan muda mudi. Bukan saja yang berkeliaran di shopping kompleks, malah di pusat-pusat pengajian tinggi, sampai sanggup dan berani melakukan adingan seks untuk di gambarkan. Masyaallah!!!

Oleh itu satu pendekatan lain perlu di ambil kerana Dr MM telah terjebak ke dalam perangkap PAS mengenai isu ini, jadi mengapa perlu berdebat lagi?

Terdesak dengan itu DAP mulai nampak goyah dan penat untuk memujuk keadilan di dalam satu lagi pakatan pembangkang kerana DAP tahu tanpa sokongan Keadilan dan PAS, DAP akan ranap. Contohnya di dalam pilihan raya Lunas DAP yg di peringkat akar umbi cuba main wayang bila tidak terpilih untuk bertanding. Tetapi tindakan mereka tidak memberi kesan kepada pakatan BA. Malah tindakkan mereka keluar daripada BA dengan menjadikan Sept 11 sebagai alasan satu tindakan yang tidak matang. Sudah tidak ada ruangkah DAP dan PAS tidak boleh duduk semeja untuk bertolak ansur didalam menegakkan hala tuju kepartian? Kalau DAP berani sangat kenapa tidak menanggok di air keroh di Indera Kayangan dek krisis MCA yang tenat. Turunlah!

UNTUK RENUNGAN :

MALAM JUMAAT YANG LALU SEBELUM BANGUN BERTAHJUD SAYA BERMIMPI BERTEMU RASULLALLAH SAW DAN JUGA SAIDINA OMAR RA. KETIKA TERJAGA JAM 1.40 PAGI DENGAN PESANANNYA BERSABARLAH MENEMPUH UJIAN SAMBIL MENUNJUKKAN KEHANCURAN TENTERA AMERIKA DAN NEW YORK. WALLAHHUALAM.... sama-samalah kita renungi.

wassalam

laduniseven@yahoo.co.uk






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com