UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahathir dengan Dubuknya (2)

Ramai yang mengikuti siaran langsung ucapan Dr Mahathir di Perhimpunan UMNO pada 21 Jun 2001, telah tersentak apabila mendengar Dr Mahathir berkata, “Apakah taraf agama lain tidak boleh disamakan dengan taraf agama Islam?”. Dari nada dan gaya yang disuarakan oleh Dr Mahathir, rata-rata orang Islam memahami kenyataan itu sebagai menyamakan Islam dengan agama-agama yang lain. Dengan demikian Dr Mahathir telah mempertikaikan Al Quran kerana di dalam Al Quran Allah SWT telah berfirman (terjemahan) : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) pada sisi Allah ialah Islam.”( Ali ‘Imran 3:19).

Sememangnya Dr Mahathir itu sudah terlanjur, tetapi yang amat menyedihkan adalah perwakilan-perwakilan UMNO yang mendengar ucapan Dr Mahathir itu telah bertepuk diakhir ucapan tersebut. Maka mereka semua di PWTC itu telah turut bersubahat dengan Dr Mahathir dalam mempertikaikan Al Quran.

Orang-orang UMNO yang hadhir di PWTC itu lupa bahawa perbuatan tidak percaya atau mempertikaikan walau pun satu perkataan dalam Al Quran hukumnya adalah jatuh murtad.

Kalau Allah SWT sudah memfirmankan bahawa hanya Islam sahaja agama yang Allah redhai, maka siapakah Dr Mahathir untuk mempersoalkan mengapa agama lain itu tidak boleh disama tarafkan dengan agama Islam.

Bukankah Allah SWT telah juga berfirman (terjemahan) : “Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walau pun orang musyrik tidak menyukainya..” ( At Taubah 9:33).

Berdalilkan ayat 33 Surah At Taubah tersebut, Allah SWT telah menetapkan bahawa taraf agama Islam itu mengatasi segala agama yang lain dan Allah SWT akan memenangkan Islam dan menghapus segala agama yang lain.

Nampak sangat Dr Mahathir tidak menyukai Islam itu berada ditaraf yang tinggi. Mengapa Dr Mahathir mahukan lain-lain agama itu sama taraf dengan Islam sedangkan Allah SWT telah menetapkan hanya Islam agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Adakah Dr Mahathir sebenarnya bukan beragama Islam?

Kita telah lihat sebagai seorang yang berketurunan India tanpa setitik pun darah Melayu, Dr Mahathir telah begitu seronok dalam memijak kepala orang Melayu. Ada saja peluang, Dr Mahathir akan menghina dan memperlekehkan orang Melayu. Pantang ada peluang. Begitu juga Dr Mahathir kelihatan begitu seronok dan ghairah dalam menghina, memperlekeh dan mempertikaikan Al Quran dan Hadith. Maka timbul persoalan samada Dr Mahathir sebenarnya bukan beragama Islam dan ini sebabnya beliau tidak teragak-agak untuk menghentam Islam. Pantang ada peluang.

Dr Mahathir dengan terang dan biadabnya telah mempertikaikan ayat 33, Surah At Taubah. Berdalilkan ayat yang sama Dr Mahathir boleh dikatakan terjatuh ke dalam golongan orang-orang musyrik yang tidak menyukai Islam itu dimenangkan dan mengatasi segala agama yang lain seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dan orang-orang UMNO di PWTC yang telah bertepuk di akhir ucapan Dr Mahathir itu telah turut diheret masuk ke dalam golongan orang-orang yang musyrik.

Wahai orang-orang UMNO (yang beragama Islam), sedarlah. Lihatlah apa yang telah terjadi. Oleh kerana anda semua terus mengekalkan kepimpinan Dr Mahathir yang jelas anti Islam itu, maka anda semua telah diheret oleh Dr Mahathir untuk bersubahat dalam mempertikaikan Al Quran.

Sedarlah wahai orang-orang UMNO. Hapuskanlah Dr Mahathir dan konco-konconya yang seringkali telah mengheret anda semua ke dalam golongan orang-orang yang memperlekeh dan mempertikaikan ayat-ayat Al Quran. Sedarlah sebelum terlambat.

Teguran ini dibuat dengan ikhlas. Allah Maha Mengetahui.

Malangnya, setiap kali kalangan para ulamak PAS dan ulamak bebas menegur anda semua orang-orang UMNO, apa yang terjadi adalah anda semua akan bersikap angkuh serta sombong dan enggan untuk menerimanya. Malah anda semua akan menganggap teguran dan nasihat yang baik itu sebagai percubaan untuk mengkafirkan. Para ulamak PAS telah menegur bukan untuk mengkafirkan. Jauh sekali. Para ulamak PAS menegur supaya anda orang-orang UMNO (yang beragama Islam) akan sedar bahawa anda semua sudah jauh terpesong, malah pada hari ini 21 Jun 2001 anda semua telah sekali lagi digelincirkan akidah oleh Dr Mahathir. Diharap anda semua orang-orang UMNO akan sedar dan kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com