Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pilihan Raya Kampus 2001

Kali ini seluruh media digerakkan ke kampus-kampus IPTA di segenap pelosok negara. Entah apa tujuan dan matlamat kerajaan sebenarnya. Mungkin nak tunjuk kerajaan ini demokrasi dan adil pada semua termasuk pada 'para idealis'@budak hingusan yang bakal diprogramkan untuk mengikut telunjuk BN khasnya. Anehnya, sebelum ini kerajaan begitu lantang terutama sekali Dr. M yang menyeru agar para pelajar menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Ini jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak mengiktiraf langsung peranan pelajar yang pada tahun 70an dulu merupakan jurucakap masyarakat. Ringkasnya, kerajaan Dr. M MENGANGGAP MEREKA SEBAGAI BUDAK HINGUSAN SEMATA!!

Kerajaan bersungut bahawa mereka ni terlalu banyak berpolitik, politik yang dipengaruhi anasir luar atau lebih tepat pembangkang. Tapi, kenapa tetiba saja pilihan raya kampus yang telah berlangsung sekian lama mendapat tumpuan hangat. Lebih hangat tentang kejayaan BN menawan 6 kampus.... Lucu benar, lain dulu lain sekarang nampaknya yang penting BN dapat publisiti, biasdalah biasa yang murah murah lebih murah dari jual lambak kat pasar malam. Rata -rata 6 kampus tu memang dormat dan pasif dalam arus perdana contoh jelas UMS dan Unimas. Mereka ni memang contoh terbaik pelajar ulat buku yang sentiasa pakai spek rambut belah tengah @ nerds. Bukan nak hina tapi nak tegakkan hak sendiri kot pun tak berani...UUM tu,alahai kan tuu tempat Dr. M fikir sendri laaa.... Ringkasnya,kemenangan tu taklah bermakna sangat sebabnya tu bukan medan sebenarnya. Yang jadi perhatian UM, UKM ,UIA sebabnya mereka ni laa yg banyak menggerakkan pergerakan pelajar yang lebih mesra rakyat,taklah jadi pak pacak kat Putrajaya.... Yang menang tuu ehehe yang terkejut semuanya kaki ampu buat program panggil Brahim Ali yang tah hapa hapa ntah..rugi jee undi mereka tuu.. Sekian.

Augustus Caesar

(02 Dis 2001 dec01v2)
http://matdrug.50megs.com/laman matdrug.htm






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com