Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MIC gagal bela India

KUALA LUMPUR: MIC gagal memperjuangkan nasib kaum India apabila kadar jenayah yang membabitkan kaum tersebut makin meningkat, kata exco Pemuda Keadilan, S Manikavasagam.

"Di mana peranan Yayasan Strategik Sosial (YSS) yang diilhamkan oleh MIC, kononnya untuk membantu mengurangkan masalah sosial dan jenayah di kalangan masyarakat India," soalnya.

"Kes pembunuhan seorang kanak-kanak di Sungai Penaga, kes pergaduhan antara dua kumpulan samseng pada malam perayaan Deepavali sehingga merosakkan harta awam, kes kematian jaguh sukan negara K Mahadevan adalah contoh kecil daripada masalah-masalah sebenar yang dihadapi kaum India," kata Manikavasagam.

YSS diberikan peruntukan sebanyak RM 2.7 juta untuk membendung masalah sosial, tambahnya. Kegagalan yayasan ini telah menimbulkan keraguan, khususnya di kalangan masyarakat kaum itu.

"Sepatutnya apa yang mereka janjikan selama ini menampakkan hasilnya dan kes jenayah yang melibatkan kaum India semakin kurang," kata aktivis Pemuda itu lagi.

Beliau menyeru masyarakat India agar tidak lagi menaruh harapan kepada MIC untuk memperjuangkan nasib mereka.

"Berfikirlah secara rasional, siapakah yang patut dipercayai untuk membela nasib kaum India pada alaf baru yang mencabar ini? Kita tidak lagi boleh bergantung kepada mereka (MIC) yang gagal membela nasib kaum India di Malaysia," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com