UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Lutfi buat aduan keempat terhadap Khir Toyo

Oleh : Norliza Wahid

Aktivis media Ahmad Lutfi Othman hari ini membuat aduan keempat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo yang didakwanya melakukan perlakuan rasuah berhubung pembelian tanah lot banglo di Bandar Baru Bangi tahun ini.

Lutfi (kiri) mengemukakan aduan itu kepada Penguasa BPR Selangor, Azmi Yahaya di Shah Alam tengah hari tadi. Lutfi mendakwa Mohd Khir melakukan perbuatan rasuah sewaktu membeli Lot 14, Jalan 2/1 G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

Sebelum ini, Lutfi telah mengemukakan tiga aduan rasuah kepada BPR mengenai empat dakwaan bahawa Mohd Khir (kanan) telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri besar. Menurut laporan itu, Mohd Khir didakwa menyerahkan pengendalian projek pembinaan jalanraya sepanjang 20.5km bernilai RM92.5 juta di Sekinchan kepada sebuah "syarikat bermasalah" dan meluluskan permohonan tanah di Shah Alam kepada empat syarikat yang mempunyai pengarah yang sama.

Laporan itu mendakwa, setiap syarikat berkenaan mendapat 100 ekar dan seorang individu yang sama menjadi pengarah dalam kesemua syarikat itu, manakala tiga individu lagi menjadi pengarah kepada dua syarikat terbabit.

Pembelian tanah

Bagaimanapun, kata Lutfi, aduan yang dikemukakannya hari ini adalah mengenai kes pembelian lot tanah di Bandar Baru Bangi dengan maklumat terperinci berhubung dakwaannya itu.

Lutfi mendakwa Khir Toyo menerima dua tawaran berbeza untuk memperolehi lot tanah berkenaan, yang membabitkan harga yang berbeza. Pada 13 Februari 2001, Mohd Khir ditawarkan tanah seluas 22,863 kaki persegi dengan harga RM20 sekaki persegi, atau harga keseluruhannya berjumlah RM460,909.04.

Bagaimanapun, menurut Lutfi, pada 12 Mei 2001, Mohd Khir menerima tawaran baru bagi tanah lot yang sama tetapi harganya susut kepada RM10 sekaki persegi, menjadikan harga keseluruhannya berjumlah RM231,678. Kedua-dua surat tawaran itu ditandatangani Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Haji Harun Salim. Mohd Khir adalah Pengerusi PKNS.

“Apa yang menjadi persoalannya, surat tawaran jualan tanah lot banglo itu hanya dibuat antara mereka berdua sahaja. Padahal setiap pembelian tanah di bawah PKNS haruslah dibawa ke dalam mesyuarat.

“Perkara itu telah dibangkitkan di dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Oktober 2001 dan keesokannya, Mohd Khir menafikan menerima tawaran tanah lot banglo berkenaan,” kata Lutfi.

Pembohongan

Bagaimanapun, Lutfi sebaliknya mendakwa Mohd Khir telah membayar harga tanah lot banglo tersebut pada harga RM23,1068 pada 3 Jun 2001, melalui cek BCBB No 394964, dengan ditandatangani sendiri oleh Khir.

Dengan itu, dakwa Lutfi, Mohd Khir telah berbohong kerana sebelum ini beliau menafi menerima kedua-dua harga tawaran tanah lot berkenaan, walhal beliau telah membuat bayaran melalui cek tersebut.

“Rakyat harus tahu kejujuran pucuk kepimpanan mereka. Rakyat mengharapkan pemimpin yang bersih, telus, menolak amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ketika menerajui sebuah kerajaan negeri. Jika ini berlaku, rakyat akan menjadi kerakusan pemimpin yang tamakkan harta,” katanya.

.................................
Malaysiakini.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com