Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Gerakan Mahasiswa Malaysia: Segera Keluar Dari Suasana Yang Bosan Ini !

Kenyataan Rasmi
30 November 2001
Kesatuan Mahasiswa Merdeka

----------------------------------------------------

Kesatuan Mahasiswa Merdeka (KMM) ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon-calon pro keadilan dan kebenaran yang berjaya dalam pilihanraya kampus baru-baru ini.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi bikinan penguasa dengan syarat-syarat yang ketat demi bertujuan supaya kumpulan pro kebenaran yang amat anti kepada kezaliman penguasa kalah teruk, tetapi pelajar umumnya yang membentuk silent majority tetap bertindak bijak memilih mereka yang tidak sama sekali sanggup menjilat penguasa demi memenuhkan tembolok kecil.

Kepimpinan pro kebenaran baru yang menguasai hampir semua IPTA kecuali UUM dan UiTM (segera adakan post mortem) perlu segera menyiapkan master plan agar Gerakan Mahasiswa pada sessi ini tidak lagi menjadi bacul yang cepat lemah semangat akibat ugutan ISA dan AUKU seperti sessi lepas. Mereka perlu bersikap pro aktif dalam menyahut pelbagai cabaran yang tak kunjung padam lantaran ketamakan nafsu buas penguasa.

Ramai lagi teman seperjuangan yang masih merengkuk dalam penjara tanpa bicara ISA yang menunggu kerahan tenaga Gerakan Mahasiswa bagi memastikan tumbangnya penguasa zalim dengan kadar yang segera melalui apa cara sekalipun.

KMM berharap semoga kepimpinan baru Gerakan Mahasiswa pada sessi ini diberi kekuatan oleh Tuhan agar mampu melaksanakan amanah majoriti Gerakan Mahasiswa negara yang menginginkan kezaliman akan musnah dan negara segera bebas dari pelbagai krisis.

HIDUP GERAKAN MAHASISWA! MANSUHKAN AUKU!
BEBASKAN TAHANAN ISA! MANSUHKAN ISA!

Amer Faruq Abdullah Azzam
Jurucakap Kesatuan Mahasiswa Merdeka
mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com