Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Negara Islam: Negara Bebas Rasuah

Oleh : Abu Mujahed Abdullah Azzam

Konsep ketelusan dalam sesuatu pentadbiran kerajaan bermula dari atas ke bawah adalah amat penting bagi menjamin tahap rasuah yang berada pada kadar yang cukup minima. Ini kerana rasuah amat berbahaya sehingga mampu memusnahkan kedaulatan sesebuah negara merdeka itu.

Sekiranya diperhatikan, dalam sesebuah negara Islam ataupun negara yang sedang menuju ke arah itu, kepimpinan melalui teladan menjadi satu amalan wajib yang bukan bersifat retorik sepertimana Perdana Menteri ketika mula memegang jawatan itu di awal tahun 1981 demi sekadar menunjukkannya sebagai seorang yang telus.

Kepimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad amat berbeza dengan kepimpanan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz khususnya dalam hal kepimpinan melalui teladan. Sebagai contoh, kita belum pernah mendengar sebarang aduan rasuah yang melibatkan Nik Aziz dan juga wakil-wakil rakyat PAS dan BA di Kelantan. Ini disebabkan wakil rakyat tadi akan berasa malu untuk menyeleweng kerana Nik Aziz sendiri tidak pernah mengambil kesempatan untuk merasuah dan dirasuah walaupun sudah lebih sepuluh tahun memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Lembaga Hisbah (Ombudsman) yang bersifat bebas dan check and balance akan ditubuhkan di dalam sesebuah negara Islam di bawah pertanggungjawaban Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi menyiasat segala laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa para penjawat awam termasuklah perdana menteri sekali. Kerajaan BA Terengganu telahpun mewujudkan institusi ini sejak kemenangan pada pilihanraya umum yang lalu.

Peranan dan kuasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) tentunya akan diperluaskan dengan tidak lagi meletakkannya hanya sebagai satu badan di bawah Jabatan Perdana Menteri. BPR mampu dipertanggungjawabkannya di bawah Parlimen demi membebaskannya dari gangguan eksekutif.

Seterusnya, kuasanya yang sekadar menyiasat itu perlulah dikaji agar ia dapat sama mendakwa si perasuah yang diberkas. Sekiranya ianya dapat dilaksanakan, maka kita mampu untuk menangani masalah rasuah dengan menangkap dan mendakwa perasuah jerung besar.

Realiti sekarang ini di mana tahap bersih rasuah yang sepatutnya dicapai oleh negara umat Islam sebaliknya dipegang rekodnya oleh negara-negara bukan Islam seperti Singapura dan Jepun. Negara Islam yang bersifat bebas rasuah akan memberi ruang kebebasan secukupnya tanpa gangguan badan eksekutif kepada pihak-pihak yang terbabit demi membersihkannya dari gejala rasuah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com