Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


I.S.A Dalam ‘Negara Islam’ Mahathir

Oleh : Abu Mujahed Abdullah Azzam

Perdana menteri terus berhujah demi mengabsahkan kedudukan I.S.A di mata rakyat dan dunia bertamadun bahawa akta rimba itu wajar dilaksanakan di samping menyeru semua pihak termasuk Amerika Syarikat mencontohinya dalam menangani keganasan.

Demi membenteras apa yang didakwanya keganasan domestik di mana wujud puak yang mahu menggulingkannya secara militan melalui rampasan kuasa, I.S.A yang amat kejam ini digunakan bagi menahan sesiapa sahaja yang dikehendakinya tanpa dibawa menghadapi perbicaraan di mahkamah terbuka. Ia membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana mengikut Seksyen 8, ISA 1960, “jika Menteri berpuas hati dengan penahanan terhadap sesiapapun adalah perlu...”.

Bukti yang menjadi faktor penting yang menentukan seseorang itu boleh disabitkan bersalah atau tidak kurang penting di bawah akta ini di mana polis boleh mereka-reka tuduhan yang akan dipaksakan supaya tahanan mengaku ada melakukannya. Sebagai contoh, baru-baru ini tahanan-tahanan yang dikatakan mempunyai molotov cocktail dan pelancar roket sebagai alasan penahanannya tidakpun ditanya soalan-soalan relevan sebaliknya ditanya berkaitan perhubungan seks mereka.

Dalam Islam, diterangkan dalam satu fasal kaedah fekah di mana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya di mahkamah terbuka. Inilah prinsip utama yang menjadi dokongan sesebuah kerajaan Islam. Tetapi malangnya ‘negara Islam’ Mahathir menidakkan asas hukum Islam ini dipercayai demi kelangsungan penguasaannya ke atas negara bertuah ini.

Pembangkang khususnya PAS yang komited menentang penggunaan akta ini telah lama dijadikan mangsa bagi menutup mulut pemimpin-pemimpinnya yang lantang menegur kepincangan kerajaan. PAS terus menyeru kepada kerajaan supaya memansuhkan ISA sekiranya benar-benar mengaku sebagai sebuah kerajaan Islam kerana ISA tidak selari dengan Islam.

Maka sekarang para pencinta keadilan hanyalah boleh menaruh harapan yang tinggi demi pemansuhan ISA di dalam negara Islam yang dicitakan PAS berbanding dengan ‘negara Islam’ Mahathir.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com