Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Mahathir Seorang Yang Gilakan Kuasa-Tunku

Dalam edisi Far Eastern Economic Review (FEER) yang terbaru (6 Disember 2001), dipaparkan kembali hasil temuramah di antara bekas ketua Biro FEER Kuala Lumpur, Mendiang K. Das dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia pada tahun 1988.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah ulasan Tunku apabila ditanya tentang pandangannya mengenai Datuk Seri Mahathir Mohamad. Tunku yang diketahui umum cukup kritikal kepada Mahathir sehingga pernah mengungkapkan kata-kata yang pedas ketika perlantikan Mahathir sebagai PM keempat Malaysia. Beliau merungut bahawa orang yang pernah dibuangnya satu ketika dahulu telah dilantik ke kedudukan yang paling tinggi dalam negara.

Tunku mengambarkan Mahathir sebagai manusia yang gilakan kuasa sehingga katanya bahawa Mahathir boleh mengubah status negara kepada sebuah negara republik hanya dalam tempoh dua minggu. Kata Tunku, Mahathir boleh mengemukakannya di Parlimen dan akan diluluskan dengan majoriti dua pertiga yang dinikmatinya dan akan disahkan sebagai negara republik walaupun tanpa persetujuan Yang Di Pertuan Agong.

Bapa kemerdekaan negara itu seterusnya menyifatkan Mahathir sebagai seorang yang paling tidak bertanggungjawab. Mahathir katanya tidak mengambil kira apa-apa pun termasuk persoalan kelas, undang-undang, dan keluhuran perlembagaan bagi melaksanakan apa sahaja kemahuannya.

Ini mungkin merujuk kepada tindakan Mahathir terhadap sistem monarki berpelembagaan negara yang cuba ditundukkannya dan juga menggangu-gugat kebebasan badan kehakiman negara terutama dengan kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Mahathir tambahnya menyuruh massa supaya tidak memuja pemimpin tetapi sebaliknya beliau telah berbohong kepada semua apabila mengadakan program kempen ke seluruh negara ketika itu yang dinamakan ¡®Program Semarak¡¯ untuk memperkuatkan kedudukan politiknya yang dicabar kuat oleh Team B dalam Umno.

Mungkin inilah nasib rakyat Malaysia yang terus berhadapan dengan pelbagai krisis apabila tidak mengikut cakap Tunku, ¡°itu lah kamu, aku sudah buang dia, kamu ambil dia semula!¡±.

Abu Mujahed Abdullah Azzam
Mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com