Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Balasungkawa Untuk Asiaweek

Pengurusan syarikat Time yang mentadbir majalah terkenal di Asia, Asiaweek telah membuat keputusan drastik untuk menghentikan pengeluaran majalah tersebut bermula Disember ini atas alasan tidak dapat lagi menampung kos yang tinggi kerana penurunan kadar pengiklanan terutamanya selepas tragedi 11 September yang lalu yang memberi impak yang besar ke atas kemuraman ekonomi dunia.

Selama ini kita penduduk Asia dibekalkan dengan tiga majalah bermutu iaitu Asiaweek, Time dan Far Eastern Economic Review akan mengalami kekurangan sumber berita yang bersifat analisis bagi rantau di sebelah sini. Maka selepas ini, kita akan merindui Asiaweek kerana tidak dapat lagi menatapinya pada setiap minggu.

Bagi golongan korporat seperti syarikat Time, memanglah mungkin menguntungkannya apabila dapat mengecilkan kos operasi untuk mentadbir dua majalah seperti Asiaweek dan Time dalam masa dan pasaran yang sama serta mengurangkan persaingan sesama sendiri. Tetapi yang tetap rugi adalah golongan pembacanya.

Mungkin Datuk Seri Dr Mahathir adalah di antara segelintir kecil manusia yang bersyukur apabila mendapat tahu bahawa Asiaweek hendak ditamatkan pengeluarannya kerana beliau tidak boleh menerima konsep kebebasan akhbar dan kritikan bebas. Baru-baru ini, beliau amat marah kepada Asiaweek apabila menyiarkan gambarnya yang nampak tua di halaman hadapannya sempena temuramah majalah itu dengannya dalam keluaran tersebut.

Namun bagi majoriti penduduk Asia, majalah itu adalah umpama nadi bagi mereka kerana sumbangannya dalam menyiarkan analisa-analisa bebas dan objektif ke arah bagi meneruskan arus pembangunan bagi rantau Asia ini.

Asiaweek akan kekal dalam kamus hidup masyarakat Asia yang cintakan konsep kebebasan akhbar dan semoga majalah-majalah alternatif seperti ini akan mula tumbuh untuk menggantikannya di samping majalah yang masih kekal wujud buat masa sekarang seperti Far Eastern Economic Review.

Abu Mujahed Abdullah Azzam
Mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com