Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


DAP dan Pakatan Pembangkang

Menjelang pilihanraya yang akan datang, DAP dijangka akan mengadakan pakatan pilihanraya dengan Barisan Alternatif untuk menguatkan lagi pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional.

Seorang pensyarah Sains Politik IPTA di Kuala Lumpur yang tidak mahu disiarkan namanya menyebut apabila DAP berada di luar BA dan mengadakan pakatan tidak rasmi, ia akan lebih memanfaatkan pembangkang demi mengaut undi yang lebih tinggi dari pilihanraya umum yang lalu.

Ini kerana katanya, BN tidak dapat lagi menyerang DAP dengan isu sokongan ke atas negara Islam yang mahu ditegakkan oleh PAS disebabkan DAP bukan lagi anggota komponen BA.

Seterusnya apabila mereka tidak bertembung sesama sendiri, ia akan memudahkan lagi BA untuk menang di banyak kerusi kerana hanya berhadapan dengan BN sahaja.

Bagi penulis, BA dan pembangkang mungkin masih di peringkat sukar lagi untuk membentuk kerajaan pusat sekiranya dilihat dari segi perkembangan sekarang yang masih tidak menentu khususnya selepas PAS dengan pengisytiharan jihadnya terhadap Amerika dan pergolakan dalaman keADILan.

Ini ditambah pula dengan faktor penting BN akan terus menghadapi pilihanraya sebagai incumbent yang dapat memanipulasi badan seperti SPR, polis beserta jentera kerajaan yang lain terutamanya KEMAS.

Walaubagaimanapun, ia adalah cukup baik buat fasa kedua ini apabila BA dan pembangkang sekurang-kuarangnya berjaya menghalang majoriti dua pertiga BN di peringkat persekutuan beserta dapat menguasai kerajaan negeri seperti Perlis, Kedah, Pahang dan Selangor di samping kekal memerintah Kelantan dan Terengganu.

Sekurang-kurangnya jika kejayaan seperti ini dapat dihasilkan, BN tidak lagi dapat senang- lenang untuk menggubal atau meminda sebarang peruntukan dalam Perlembagaan tanpa mendapat persetujuan barisan pembangkang yang kuat. Tidakkah ini juga merupakan satu kejayaan permulaan sebelum menang besar nanti?

Abu Mujahed Abdullah Azzam
Mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com