Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Muslim Moderat Sokong Saya-Mahathir

Baru-baru ini Perdana Menteri mendakwa bahawa beliau mendapat satu sokongan yang padu daripada majoriti Muslim yang membentuk golongan moderat di Malaysia. Ini katanya membantu Malaysia menjadi sebagai sebuah negara yang maju.

Di Malaysia, memang benar kita adalah sebuah entiti yang lebih berjaya berbanding dengan negara Muslim yang lain. Ini memerlukan bukan sekadar satu kemahuan yang jitu, satu sikap yang menerima sebarang kritikan, tetapi juga sokongan daripada majoriti rakyat, katanya dalam satu temuramah dengan sebuah majalah Perancis, L¡¯Expansion, yang dipetik dari Bernama.

Kerajaan di negara-negara Muslim yang lain gagal untuk mencapai kejayaan kerana mereka tidak mendapat sokongan popular daripada rakyat dan mereka juga masih mundur, Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya samada Malaysia sebagai sebuah negara yang majoritinya Muslim berjaya disebabkan faktor bernasib baik. Benarkah dakwaannya itu bahawa majoriti golongan moderat Muslim bersama dengannya dari sudut memberi sokongan. Jika hendak diselidiki kebenarannya mungkin agak sukar kerana negara kita jarang mengadakan poll opinion dan referandum untuk melihat kajian sokongan dalam sesuatu isu terhadap kerajaan.

Tetapi sekiranya kita mengkaji keputusan pilihanraya yang lalu, kita akan dapati Mahathir hanya bercakap sedemikian dengan tidak disandarkan pada realiti sebenar tahap sokongan golongan moderat atau kelas pertengahan Muslim kepadanya.

Dari sudut analisa keputusan pilihanraya yang lepas, kita boleh mengkaji kawasan Lembah Kelang sebagai kawasan yang mempunyai bilangan teramai golongan moderat Muslim kerana di sinilah berkumpulnya ilmuan-ilmuan di IPT, mahasiswa, dan kumpulan profesional yang terdiri daripada peguam, doktor dan sebagainya. Di sinilah ramai pihak menggambarkannya sebagai sarang golongan reformasi.

Pada Pilihanraya Umum 1999 yang lalu, kita pasti dapat melihat anjakan drastik pengundi di kawasan ini. Sebagai contoh, kawasan Parlimen Shah Alamlah yang selalunya menarik dibuat perbandingan di mana undi majoriti yang dinikmati BN sebanyak 40,715 (majoriti terbesar di Malaysia) pada tahun 1995 telah merosot teruk kepada hanya 1,440 undi sahaja.

Justeru, cakap-cakap bahawa golongan tersebut seiring dan senada dalam menyokong kepimpinan Mahathir adalah cakap-cakap kosong sahaja untuk menyedapkan hatinya yang kempunan akan sokongan tersebut.

Abu Mujahed Abdullah Azzam
Mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com