Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MPP Baru dan Surat ‘Aku Janji’

Selepas selesai pilihanraya kampus, sebahagian besar perwakilan pelajar universiti tempatan yang baru dipilih telah berkunjung ke Seri Perdana, Putrajaya bagi berdialog dengan perdana menteri dalam satu majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), satu badan pelajar yang menyokong kerajaan pimpinan Datuk Suhaimi Ibrahim.

Tetapi kebanyakan pemimpin pelajar yang hadir seperti tertipu dengan pembatalan program dialog atas alasan kesuntukan masa bagi pihak perdana menteri dan sebaliknya mereka dipaksa untuk menandatangani surat ‘aku janji’ yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Dalam surat tersebut dinyatakan bahawa pelajar mesti menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka, bersumpah untuk menyokong kepimpinan PM dan pembangunan negara dan tidak akan berpihak kepada mana-mana parti politik.

Pelajar-pelajar universiti akan menjadi seperti pelajar di peringkat pengajian pra sekolah yang mana bertindak sebagai budak-budak kecil yang ditunjuk ajar. Ini amat tidak sesuai sekali untuk diamalkan bagi peringkat pengajian seperti di universiti yang mengutamakan kebebasan akademik bagi meningkatkan tahap intelektualisma para pelajar.

Sebaliknya jika pelajar terus dikongkong dengan sebarang ikatan dan syarat-syarat, maka usahlah kita bercita-cita untuk melihat IPT Malaysia dapat berdiri megah seiring dengan universiti-universiti luar negara yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencari apa-apa maklumat walaupun bertentangan dengan pemikiran setempat supaya dapat menggalakkan mereka berfikir.

Sudahlah sistem pengajian kita yang bersifat ‘memberi suap’ walaupun di peringkat universiti seperti kebanyakan pensyarah menyediakan semua nota pelajaran tanpa membiarkan pelajar berusaha sendiri mencarinya di perpustakaan demi menggalakkan mereka dengan budaya membaca, maka sekarang ditambah pula dengan usaha untuk membekukan pelajar supaya hanya menumpukan perhatian bagi menghafal nota-nota pelajaran tanpa melibatkan dengan apa-apa aktiviti luar.

Percayalah bahawa amalan-amalan seperti ‘aku janji’ ini hanya akan melahirkan pelajar-pelajar yang jumud seperti robot untuk memenuhi pasaran kerja dan di masa yang sama, mereka tidak akan mampu menjadi pembimbing untuk merobah masyarakat ke arah yang lebih baik.

Abu Mujahed Abdullah Azzam dan Nurul Aini Ariffin
mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com