Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Klon Ezam Perlu Muncul Dalam Masa Yang Sepi Ini

Apabila Malaysia berada dalam krisis keyakinan yang paling teruk dalam sejarah sejak akhir tahun 1998, maka kita berpeluang menyaksikan satu amalan politik baru ke arah demokrasi sebenar apabila saban minggu beratus-ratus ribu rakyat berjaya digerakkan ke jalan-jalan raya terutama di kota raya Kuala Lumpur bagi menuntut penghapusan sistem yang bobrok pimpinan perdana menteri.

Maka kita dapat mengenali seorang insan yang baru lahir hasil dari proses kitaran semula daripada Umno kepada gerakan reformasi. Ezam Mohamad Noor wajib kelihatan di mana-mana tunjuk perasaan untuk mengepalai rakyat meluahkan apa yang terbuku di hati demi menyahut tuntutan demokrasi yang bersifat harian dan bukannya sekadar lima tahun sekali pada siri-siri pilihanraya yang berat sebelah.

Demonstrasi sebenarnya adalah satu proses luahan hati rakyat yang sah dari sudut mana-mana undang-undang dan norma demokrasi moden. Yang salahnya apabila demonstrasi dicemari dengan nilai-nilai keganasan yang mampu memporak-perandakan ketenteraman rakyat.

Tan Sri Harun Hashim dalam kolum "Benchmark" yang disiarkan oleh New Straits Times pada 19 Julai 2001 pernah berkata, "The Malays successfully used such tactics (peaceful assemblies) in their oppositon to the Malayan Union government imposed by the British which eventually gave birth to the establishment of UMNO".

Tetapi tesis atau hujah yang selalu diulang-ulang oleh Dr Mahathir demi mengharamkan sebarang aktiviti demonstrasi yang mampu menggegarkan kediaman kesayangannya di Putrajaya akibat seruan keramat seperti “undur Mahathir undur!” adalah demonstrasi sebagai kembar kepada keganasan.

Sedangkan ianya hanyalah satu pembohongan demi mengelakkan berlakunya demonstrasi dan juga harapan supaya massa menjauhi diri dari perkara sedemikian yang dapat memendekkan usia pemerintahannya yang sudahpun melepasi tahap dua dekad.

Dalam suasana yang sudah sunyi sepi ini, Ezam yang baru perlu segera muncul bagi mengetuai aktiviti demonstrasi sebagai satu pendekatan yang relevan bagi menyuarakan pelbagai masalah rakyat agar mampu didengari hingga ke Putrajaya. Mungkinkah Saifuddin Nasution yang baru ditabalkan sebagai Timbalan Ketua Pemuda keADILan amat sesuai untuk menggantikan Ezam buat sementara waktu ini?

Abu Mujahed Abdullah Azzam
mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com