Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Dilema Orang Politik Sapu dan Gadai Tanah di Selangor

Di Selangor, seseorang individu boleh kaya raya dengan sekelip mata sahaja. Tetapi individu yang bagaimana? Bukan semua kecuali mereka yang pandai membodek dan akhirnya dapat menjadi wakil rakyat parti pemerintah.

Sejak dari zaman-berzaman lagi, Selangor yang dikenali sebagai antara tempat yang paling mahal nilai tanahnya telah menjadi pusat subur dalam menggadaikan tanah di kalangan orang politik kepada para kapitalis kroni mereka.

Paling jelas sekali ketika pentadbiran Selangor di bawah Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno dengan sesuka hati sesuka hati sehingga beliau sendiri mampu memikul duit berjuta-juta Ringgit dalam bentuk tunai seberat 20 kg. ke Australia.

Selepas Mat Taib digugurkan daripada jawatan MB, penggantinya amat berpegang dengan amanah utama yang dipusakainya untuk terus menggadaikan tanah kepada kroni-kroni yang sedang menunggu itu. Tetapi beliau jatuh bukan dengan isu rasuah tetapi sebaliknya isu skandal seks dalam kaum kerabat sendiri.

Yang lebih malang lagi apabila MB termuda di Malaysia, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo yang mendapat pengiktirafan Perdana Menteri sebagai calon yang paling bersih untuk menggantikan Datuk Abu Hassan Omar telah membelakangi kepercayaan PM dengan meneruskan dasar yang sama seperti MB-MB terdahulu daripadanya.

Penulis terkejut bagaimana Khir didakwa telah memberi tanah sebanyak 50 ekar kepada seorang remaja yang berusia baru menjangkau 20 tahun yang masih belum dijawabnya sehingga sekarang. Apakah remaja itu hanya sekadar nominee di mana bertindak sebagai pihak tengah bagi pemilik sebenar?

Yang untung hanyalah politikus yang ketika berkempen mendakwa mahu membela agama, bangsa dan tanahair tetapi sebaliknya sesudah mereka menang, rakyat akan diperkuda-kudakan apabila mereka lebih dikenali sebagai wakil tauke berbanding dengan wakil rakyat.

Abu Mujahed Abdullah Azzam dan Nurul Aini Ariffin
mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com