Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tepak Bersulam dengan Lutfi sama sahaja

Assalamualaikum,

Tepak Bersulam dengan Lutfi sama sahaja, semua kerana RM. Yang untung konspirator menjatuhkan Khir

Saya begitu tertarik dengan keadaan beria-ia Tepak Bersulam dalam membela Datuk Khir Toyo dan menghentam Ahmad Lutfi. Saya cuma mahu editor Umno-Reform mengetahui bahawa posting-posting Umno-Reform mengenai pembelaan Tepak Bersulam hanya menguntungkan beliau dan rakan beliau di KMU dan Barisan Kita. Saya mohon sdr siarkan email ini supaya pendedahan ini dapat sedikit sebanyak menunjukkan bahawa tuduhan keatas Lutfi itu yang menerima habuan juga patut ditujukan kepada Tepak Bersulam. Sebagai orang yang juga tahu mengenai situasi dalam UMNO apa yang terjadi pada kes Lutfi ini bukan asasnya hadir atas perlakuan Lutfi. Ini dilakukan oleh orang dalam UMNO sendiri. Dalam hal ini tepak Bersulam dan anggota KMU di gesa membela Khir Toyo dengan pembayaran yang lumayan. Lagi hebat pembelaan lagi banyak terpoket oleh Tepak bersulam. Pelbagai aturcara sponsor sudah di atur oleh tepak bersulam dengan pembayaran lumayan oleh rakan khir sendiri. Program berterusan ini diharap dapat mempengaruhi org selangor. Kami tahu antara program berterusan adalah majalah, internet, buku dan sebagainya.

Sebenarnya Khir juga harus melihat kenapa ini berlaku. Khir juga tahu bahawa rakan yang di ingat rakan sebenarnya bukan rakan dan musuh khir juga hadir dalam pemuda Umno sendiri memandangkan khir juga kemaruk untuk menguasi jawatan-jawatan dalam UMNO khususnya di peringkat negeri dan pemuda.

Sekarang Khir di serang, Tepak bangkit dengan prajudisnya membantu khir dalam menangani serangan di Internet. Memandangkan KMU dan Barisan Kita adalah web site lemah dan kurang popular maka Umno reform di gunakan untuk menunjukkan bahawa mereka benar-benar berkerja lalu poket mereka akan terus berisi. Banyak lagi pembelaan lain yang perlu dilakukan tetapi hanya khir mendapat tempat di KMU dan Barisan Kita.

Pada asasnya bila pembelaan di buat bertalu-talu, pembelaan itu akhirnya hanya akan menampakkan kepalsuan. Denial yang berterusan hanya menunjukkan betapa gaprahnya Khir toyo dalam menyelamatkan diri.

Saya dengan berani mengatakan bahawa Tepak Bersulam melakukan ini kerana RM juga dan meletakkan diri beliau tidak lebih dan tidak kurang dari Lutfi.

Tepak dah la..banyak lagi keje lain yang patut anda lakukan untuk umno dan jangan hanya isu ini aje. Mungkin isu ini bawa hasil itu pasal la dia keje lintang pukang untuk membela khir.

Nizam Awalluddin






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com