Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tuan guru haji hadi, Astora Jabat dan AL jazeera

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Sesapa yang sering mengikuti kolum astora jabat di utusan tentu ada membaca ulasan beliau baru baru ini mengenai tuan guru haji dan stesyen televisyen al jazeera.Menurut astora jabat,,bahasa arab yang digunakan oleh tuan guru haji hadi adalah dari level rendah dan lain di tanya ,lain yang dijawab dengan tujuan memperlekeh tuan guru haji hadi.Saya bukan hendak mengulas panjang sebab saya pun tak tau berbahasa arab cuma saya nak menyampaikan satu peristiwa semasa saya bersembang dengan salah seorang Arab yang sering menyampaikan kuliah hadith dan agama kepada kami.Beliau pernah menonton temuramah tuan guru haji hadi di al jazeera tidak berapa lama dulu .

Menurut beliau,,bahasa arab tuan guru lebih baik daripada bahasa arabnya(beliau orang arab mesir) wallahuallam mungkin beliau berseloroh tapi hakikatnya beliau kagum dengan tuan guru kerana tuan guru ada membincangkan tentang hal ehwal masyarakat Islam dunia dan teringin bersemuka dengan beliau.Salah seorang sahabat bangladesh saya memberi komen mungkin Tuan guru akan menjadi target musuh musuh Islam nanti sementelah tuan guru telah berucap dan terkenal semasa persidangan ISNA tidak berapa lama dulu.

Saya berbangga dengan tuan guru haji hadi haji awang kerana berjaya menawan penonton penonton al jazeera yang berbahasa arab yang berjumlah puluhan juta itu.

wassalam

....................................
Webmaster : Saya memang mengetahui daripada pelbagai sumber bahawa bahasa Arab MB Terengganu memang baik, sama juga saya mengetahu bahawa Dr Mahathir cukup baik untuk menjawab temuramah terutama dalam Bahasa Inggeris. Sebagai manusia yang berperinsip kita akan mengakui kelebihan hatta musuh kita.

Tetapi berbeza dengan penulis upahan Astora (yang masih belum dapat menjadi warganegara kita) yang suka membuat fitnah dan menyebr maklumat yang berbohong sama sekali. Apa kelebihannya saya tak tahu, tapi yang jelas penulisannya adalah 'sampah minda' yang bukan sahaja tak perlu dibaca, malah dilihat sama sekali.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com