Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


TATACARA PENGENDALIAN CERAMAH DI TEMPAT AWAM ATAU TEMPAT PERSENDIRIAN

TATACARA PENGENDALIAN CERAMAH
DI TEMPAT AWAM ATAU TEMPAT PERSENDIRIAN

1. HAK UNTUK BERSUARA DAN MENGELUARKAN PENDAPAT
2. HAK UNTUK BERKUMPUL
3. KEPERLUAN MENDAPATKAN PERMIT
4. PENOLAKAN PERMOHONAN OLEH KPD
5. JIKA SEKIRANYA KPD MEMBISU.
6. KESAN PERALIHAN TEMPAT AWAM KE TEMPAT PERSENDIRIAN
7. PERHIMPUNAN DI TEMPAT PERSENDIRIAN
8. KEADAAN-KEADAAN DI MANA TEMPAT AWAM BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI
TEMPAT PERSENDIRIAN
9. PERHIMPUNAN Di KAWASAN RUMAH PERSENDIRIAN
10. JIKA SEKIRANYA DIARAHKAN BERHENTI DAN BERSURAI
11. GANGGUAN DAN HALANGAN
12. GANGGUAN DAN HALANGAN BAGI PERHIMPUNAN Di KAWASAN PERSENDIRIAN
13. HAD MAKLUMAT YANG BOLEH DIBERI KEPADA PIHAK POLIS

1.  HAK UNTUK BERSUARA DAN MENGELUARKAN PENDAPAT

Undang-undang tertinggi Malaysia memperuntukkan bahawa setiap rakyat Malaysia adalah mempunyai hak. untuk bersuara. Perkara  10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa  setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat atau pandangan.

2.  HAK UNTUK BERKUMPUL

Undang-undang tertinggi Malaysia juga memperuntukkan bahawa setiap rakyat Malaysia adalah mempunyai hak untuk berkumpul dan menyatakan pendapat masing-masing. Perkara I 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kepada setiap rakyat Malaysia untuk berkumpul secara aman.

3.   KEPERLUAN MENDAPATKAN PERMIT

Seksyen 27(2) Akta Polis, 1967 memperuntukkan bahawa penganjur sesuatu perhimpunan di tempat awam perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah (KPD) sebelum boleh diadakan sesuatu perhimpunan di tempat awam Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa sesiapa yang berniat untuk mengumpul orang ramai di dalam satu perhimpunan atau untuk menganjurkan sesuatu perarakan mestilah sebelum berbuat demikian-..

(a)  memohon suatu permit untuk tujuan tersebut daripada KPD; dan
(b)  permohonan tersebut hendaklah dibuat oleh sesebuah organisasi.

Apabila KPD tersebut menerima permohonan untuk mengadakan perhimpunan tersebut dan beliau berpuashati bahawa perhimpunan yang akan dianjurkan tersebut (i) tidak akan menjejaskan kepentingan keselamatan dalam negeri Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau (iii) akan mengancam keamanan, KPD wajib mengeluarkan permit tersebut dan menyatakan nama organisasi dan syarat-syarat di bawah mana perhimpunan tersebut dibenarkan.

Walaubagaimanapun jika sekiranya selepas permit tersebut dikeluarkan, KPD berpendapat bahawa perhimpunan yang akan dianjurkan (i) boleh menyebabkan terjejasnya kepentingan keselamatan dalam negeri Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau (ii) boleh mengancam keselamatan, KPD boleh membatalkan permit tersebut.

Di bawah undang-undang ini, hanya KPD seorang sahaia yang boleh mempertimbangkan permohonan untuk penganjuran perhimpunan tersebut atau membatalkan Permit untuk perhimpunan tersebut.
 
(Di dalam kes P. Patto melawan Ketua Polis Negeri Perak dan lain-lain (19861), Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa keputusan Ketua Polis Negeri menolak permohonan P. Patto untuk menganjurkan suatu perhimpunan di Gopeng, Perak adalah tidak sah kerana hanya KPD sahaja yang diberi kuasa oleh Akta Polis 1967 untuk mengeluarkan permit perhimpunan.)

4.   PENOLAKAN PERMOHONAN OLEH KPD

KPD boleh menolak permohonan untuk mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas iaitu perhimpunan yang akan dianjurkan (i) boleh menyebabkan terjejasnya kepentingan keselamatan dalam negeri Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau (ii) boleh mengancam keselamatan.

Sesuatu penolakan perlu dibuat dalam masa tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum perhimpunan tersebut dijadualkan berlangsung. Ini adalah bagi membolehkan pemohon mengemukakan rayuan terhadap penolakan tersebut kepada Ketua Polis Negeri

Seksyen 27(7) Akta Polis, 1967 memberikan peluang kepada pemohon untuk mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negeri dalam masa empat puluh lapan (48) jam selepas penolakan oleh KPD tersebut dimaklumkan kepada pemohon,

Sekiranya penolakan permohonan untuk mendapatkan permit tersebut ditolak oleh KPD di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya perhimpunan tersebut maka penolakan tersebut boleh dianggap tidak sah. Oleh yang demikian, jika sekiranya penganjur mengambil keputusan untuk meneruskan perhimpunan tersebut, maka ada kemungkinan penganjur boleh dikenakan tindakan undang-undang. Untuk menghindarinya, penganjur bolehlah meneruskan perhimpunan tersebut tetapi mengalihkan tempat perhimpunan tersebut ke suatu tempat yang persendirian.

5.   JIKA SEKIRANYA KPD MEMBISU.

Jika sekiranya KPD tidak memberikan jawapan terhadap permohonan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di dalam tempoh tidak kurang daripada empat puluh lapan (48) jam sebelum bermulanya perhimpunan tersebut, pemohon bolehlah menghantar surat peringatan kepada KPD dan memintanya memberikan keputusan segera dan jika yang demikian juga tidak dihiraukan oleh KPD, maka penganjur bolehlah mengambil langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam perenggan di atas ataupun meneruskan perhimpunan tersebut di premis persendirian.

Jika sekiranya Ketua Polis Negeri selepas menerima rayuan daripada penganjur terhadap penolakan oleh KPD juga mendiamkan diri maka penganjur bolehlah juga mengambil pendekatan yang serupa di atas.

6.   KESAN PERALIHAN TEMPAT AWAM KE TEMPAT PERSENDIRIAN

Jika sekiranya penganjur mengambil keputusan untuk memindahkan perhimpunan tersebut ke tempat persendirian maka perhimpunan tersebut adalah bersifat perhimpunan di tempat persendirian oleh itu ianya tidak memerlukan permit polis.

7.   PERHIMPUNAN DI TEMPAT PERSENDIRIAN

Secara asasnya, berdasarkan undang-undang, perhimpunan yang diadakan di tempat persendirian adalah tidak memerlukan sebarang permit polis. Oleh itu, pihak polis juga tidak perlu diberitahu tentang cadangan untuk mengadakan perhimpunan di tempat persendirian. Syarat paling utama ialah tuanpunya tempat persendirian tersebut mestilah memberikan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

8. KEADAAN-KEADAAN DI MANA TEMPAT AWAM BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI TEMPAT PERSENDIRIAN

Di dalam keadaan-keadaan tertentu, sesebuah tempat awam boleh dikategorikan sebagai tempat persendirian. Contohnya, sebuah dewan orang ramai yang disewakan atau diberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan maka tempat awam tersebut boleh dianggap sudah menjadi tempat persendirian. Oleh itu, permit polis juga tidak diperlukan untuk perhimpunan di tempat-tempat tersebut. Demikianlah juga keadaannya jika perhimpunan dianjurkan di sebuah hotel.

9.   PERHIMPUNAN DI KAWASAN RUMAH PERSENDIRIAN

Kawasan rumah persendirian adalah dikategorikan sebagai tempat persendirian. Oleh yang demikian, permit polis untuk mengadakan perhimpunan tidak diperlukan Walaubagaimanapun, penganjur perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan penganjuran perhimpunan di kawasan rumah persendirian tidak mengganggu lalu lintas dan orang ramai dan ia tidak terlalu terdedah kepada orang ramai.

Seksyen 27A Akta Polis, 1967 pula memperuntukkan bahawa pihak polis masih boleh menyekat, aktiviti yang diadakan di tempat persendirian berdasarkan keadaan-keadaan yang dinyatakan di dalam perenggan (a) hingga perenggan (c) seksyen tersebut. Keadaan-keadaan tersebut adalah:

(a)  bila aktiviti tersebut dihalakan atau diniatkan untuk diperhatikan atau didengar atau diambil bahagian oleh orang-orang di luar kawasan premis persendirian tersebut atau boleh disifatkan mengikut keadaan-keadaannya sebagai dihalakan atau diniatkan sedemikian:

(b)  bila aktiviti tersebut menarik kehadiran 20 orang atau lebih di luar kawasan tersebut; ataupun

(c) bila aktiviti tersebut boleh mengancam keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau mengancam keamanan.

Walaupun Seksyen 27A ini nampaknya memberikan kuasa mutlak kepada pihak polis untuk menyekat perhimpunan di tempat persendirian, adalah dirasakan bahawa sebelum pihak polis menggunakan kuasa di bawah Seksyen 27A ini, kesemua keadaah-keadaan di bawah perenggan (a) hingga (b) perlulah wujud terlebih dahulu.

Jika sekiranya pihak polis menggunakan kuasa di bawah Seksyen 27A ini tanpa mengambil kira kewujudan kesemua faktor-faktor di bawah perenggan (a) hingga (b) bolehlah diandaikan bahawa polis telahpun menggunakan kuasa mereka secara tidak sah. Dalam situasi sebegini, pihak penganjur bolehlah memberhentikan perhimpunan tersebut sambil mengingatkan pihak polis bahawa mereka telahpun bertindak di luar batasan undang-undang dan tindakan Mahkamah boleh diambil terhadap mereka.

(Di dalam kes Cheah Bang Poh, Louis & 38 yang lain melawan Pendakwa Raya (1984) Yang Arif Hakim Hashim Yeop A. Sani menyatakan bahawa Mahkamah mestilah memastikan bahawa sebarang sekatan-sekatan terhadap perhimpunan awam mestilah jangan sampai ketahap melarang sama sekali hak asasi dan menafikan hak asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan).

10.  JIKA SEKIRANYA DIARAHKAN BERHENTI DAN BERSURAI

(a)  Pihak polis boleh di bawah Seksyen 27(3) Akta polis 1967 mengarahkan sesuatu perhimpunan ditempat awam itu dihentikan atas alasan ianya tidak mendapat permit polis atau setelah permit dibatalkan atau sesuatu syarat yang telah ditetapkan di dalam permit tersebut dilanggar. Di dalam keadaan ini penganjur hendaklah memberhentikan perhimpunan tersebut.

(b)  Pembatalan permit sesuatu perhimpunan yang telah dibenarkan hanya boleh dibuat oleh KPD sahaja dan bukan oleh lain-lain pegawai termasuk juga pegawai yang lebih tinggi pangkatnya daripada KPD.

(c)  Jika sekiranya sesuatu syarat yang dikenakan di bawah sesuatu permit telah dilanggar dalam keadaan di mana perhimpunan tersebut telah dibenarkan, mana-mana pegawai polis' sebelum mengarahkan pemberhentian mestilah memaklumkan terlebih dahulu kepada penganjur perhimpunan butir-butir perlanggaran tersebut.

(d)  Sekiranya pegawai berkenaan tidak boleh menyatakan butir-butir perlanggaran syarat permit tersebut penganjur bolehlah meneruskan perhimpunan tersebut atas risiko tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun penganjur mempunyai pembelaan yang kukuh sekiranya didakwa di Mahkamah.

(e)  Jika sekirannya penganjur akur dengan arahan polis untuk memberhentikan  perhimpunan tersebut, pihak polis mestilah memberikan masa yang munasabah untuk perhimpunan tersebut dibubarkan. Ingatan perlu diberikan kepada pihak polis supaya tidak melakukan keganasan dalam masa tersebut.

INGATAN: Di dalam setiap keadaan di mana penganjur berhadapan dengan seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis, butir-butir pegawai polis tersebut seperti namanya, pangkatnya, nombor polisnya hendaklah diambil. Jikalau butiran-butiran Ini tidak diberikan, sebarang arahan yang diberikan oleh orang tersebut tidak wajib dipatuhi.

11.  GANGGUAN DAN HALANGAN

(a)  Pihak polis boleh mengadakan sekatan jalanraya dan menghalang orang ramai daripada menghadiri sesuatu perhimpunan di tempat awam yang tidak mendapat permit.

(b)  Polis tidak boleh berbuat demikian jika sekiranya perhimpunan tersebut telah pun mendapat permit.

(c)  Jika sekiranya pihak polis masih mengadakan sekatan juga orang ramai bolehlah membantah dan mengambil jalan-jalan altematif untuk ke tempat perhimpunan tersebut.

(d)  Penganjur mestilah membuat bantahan kepada KPD jika permit telah diberikan tetapi pihak polis menghalang orang ramai dari menghadiri perhimpunan tersebut.

(e)  Jika sekiranya pihak polis membisu dan tidak memberikan jawapan terhadap permohonan untuk menganjurkan perhimpunan tetapi seterusnya mengadakan sekatan jalan raya dan menghalang orang ramai dari menuju ke tempat perhimpunan, maka penganjur juga perlu membuat bantahan dan jika sekiranya perhimpunan tersebut diteruskan juga, maka penganjur mempunyai risiko diambil tindakan undang-undang.

12.  GANGGUAN DAN HALANGAN BAGI PERHIMPUNAN DI KAWASAN PERSENDIRIAN

(a)  Jika sekiranya pihak polis mengadakan sekatan jalan raya dan menghalang orang ramai dari menuju ke satu perhimpunan yang diadakan di tempat persendirian, perbuatan tersebut adalah salah dan menyalahi undang-undang dan orang ramai berhak untuk membantah dan tidak mematuhi larangan tersebut.

b)  Penganjur mestilah membuat bantahan kepada pegawai bertugas yang bertanggungjawab membuat halangan dan sekatan tersebut dan menyatakan sebab-sebab perhimpunan tersebut wajar diteruskan.

(c)  Pihak polis tidak boleh menghalang penganjuran perhimpunan di tempat persendirian sebelum perhimpunan tersebut dimulakan.

(d)  Pihak polis juga tidak boleh memaksa penganjur membenarkan polis hadir di dalam perhimpunan yang bersifat tertutup contohnya mesyuarat, taklimat atau ceramah yang diadakan atas nama organisasi yang diadakan di kawasan persendirian.

(e)  Jika pihak polis berkeras hendak memasuki juga tempat persendirian tersebut untuk tujuan pemantauan penganjur boleh menggunakan budi bicara samada untuk membenarkan atau tidak dan juga meminta anggota polis tersebut mengemukakan butir-butir pengenalan diri. Jika penganjur tidak membenarkan kehadiran polis, maka penganjur boleh meminta anggota polis tersebut beredar dan memberi amaran bahawa perbuatannya tersebut menyalahi undang-undang.

Adalah ditegaskan bahawa perhimpunan di tempat persendirian, tidak memerlukan permit polis. Oleh itu jika sekiranya polis melakukan halangan-halangan di tempat penganjuran perhimpunan tersebut, penganjur boleh mengemukakan bantahan di dalam bentuk yang dinyatakan di LAMPIRAN A.

(g)  Pihak polis tidak boleh merampas sebarang alat pembesar suara di dalam majlis perhimpunan yang diadakan di tempat persendirian sebelum perhimpunan tersebut dimulakan.

(h)  Pihak polis memberhentikan perhimpunan di tempat persendirian, hanya sekiranya dapat dibuktikan wujudnya ketiga-tiga situasi yang telah disebutkan di perenggan 9 di atas.

(i)  Pihak polis perlu diberi peringatan bahawa tindakan menceroboh dan menangkap penganjur, penceramah ataupun hadirin yang menghadiri perhimpunan di tempat persendirian (dipermulaan majlis) adalah di luar batasan undang-undang.

(j)  Sebarang bentuk gangguan atau halangan di dalam sesuatu majils perhimpunan yang sah hendaklah dilaporkan kepada polis dan butir-butir mengenai bentuk gangguan atau halangan tersebut hendaklah dicatit.

13.  HAD MAKLUMAT YANG BOLEH DIBERI KEPADA PIHAK POLIS

(a)  Pihak penganjur tidak perlu memberikan butir-butir lanjut ekoran daripada pertanyaan-pertanyaan pihak polis selain dari menegaskan bahawa penganjuran perhimpunan adalah sah di sisi undang-undang.

(b)  Jika sekiranya ditangkap, maklumat yang boleh diberikan kepada polis hanyalah nama, kad pengenalan dan alamat tempat tinggal sahaja. Sebarang jawapan kepada soalan-soalan lain cuma boleh dijawab di dalam perbicaraan di mahkamah sahaja ataupun sekiranya ditemani oleh peguam yang dilantik.

Dikeluarkan oleh Lajnah Guaman PAS Perak semasa Seminar Keselamatan dan Undang-undang pada 24 Novembar 2001 di Markas Tarbiah PAS Bukit Gantang




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com