Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATRURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Kepada,

YB Tun Dr Mohd Zahir bin Ismail,
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Bangunan Parlimen Malaysia,
50680 KUALA LUMPUR. 30 NOVEMBER 2001

YB Tun,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATRURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2). Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

YB Haji Mahfuz Omar, Ahli Dewan Rakyat bagi Kawasan Pokok Sena mohon mencadangkan :

“Bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu lambakan 300,000 tan metrik padi di seluruh negara yang berpunca daripada akitiviti penyeludupan beras yang telah memberikan kesan yang buruk terhadap petani, pengusaha kilang dan juga pengguna. Lambakan ini adalah gambaran ketidakcekapan agensi kerajan seperti Bernas dan Unit Pencegah Penyeludupan”

Tuan Yang DiPertua,

Isu ini adalah perkara tertentu kerana telah berlaku lambakan 300,000 tan padi di 40 buah kilang milik ahli Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM). Tindakan pemborong beras yang enggan membeli beras pada harga RM 1,250 – RM 1,300 telah menyebabkan lambakan ini berlaku dan dengan sendirinya akan memberi kesan kepada pasaran. Dakwaan pemborong bahawa boleh mendapatkan beras di tempat lain dengan harga rendah dipercayai berpunca daripada kemasukan beras yang diseludup. Ini menunjukkan bahawa penguatkuasaan kerajaan terlalu longgar.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan ramai kerana beras merupakan makanan utama rakyat negara ini dan juga merupakan hasil pendapatan utama bagi masyarakat luar bandar terutama orang Melayu. Dengan berlakunya lambakan ini ia telah menjejaskan pendapatan para pesawah, mengurangkan produktiviti industri pengilangan padi. Kegagalan Bernas untuk membeli semua padi tersebut telah memberi ruang kepada berlakunya penyeludupan yang juga berpunca daripada kelonggaran sistem penguatkuasaan. Bernas juga mungkin terlibat sama dalam kegiatan penyeludupan ini. Kelemahan agensi kerajaan ini juga akan memberikan dampak terhadap keyakinan rakyat.

Perkara ini perlu disegerakan kerana masalah berkaitan dengan lambakan padi ini berulang setiap tahun termasuk tahun lepas apabila Kabinet terpaksa campur tangan. Lambakan padi di kilang dan penyeludupan yang berlaku akan memberikan kesan yang buruk kepada petani, peniaga dan pekilang pada musim perayaan. Ini tidak termasuk 160,000 pesawah di Utara yang akan menuai pada bulan Disember ini yang sudah tentu akan menambahkan lambakan padi. Sekiranya agensi-agensi kerajaan terus gagal berfungsi dengan baik, sudah tentu banyak lagi pihak yang akan mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai.

Yang Mengusulkan,

YB HAJI MAHFUZ BIN HAJI OMAR
Ahli Dewan Rakyat,
Kawasan Pokok Sena,
Parlimen Malaysia.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com