Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PERHIMPUNAN AMAN

A'kum semua,

Sedikit Lapuran perhimpunan Aman 6hb. Dis,2001 bertempat di Masjid Sungai Nibung, Pulau Pinang

Sejurus selepas solat Jummat maka pimpinan Pemuda Negeri Pulau Pinang telah memulakan sedikit Ucapan Aluan. Belum sempat meneruskan ucapan dengan lebih lanjut lagi, beberapa orang SB telah menahan Ketua Lajnah Tarbiyah Negeri, Pengarah Unit Amal Negeri, dan Seorang AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru serta dua orang ahli pemuda daripda cawangan Kg Tok Panjang Bukit Mertajam telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Nibung untuk disoal siasat.

Segala kelengkapan Amplifier & Hailer juga dirampas. Didalam perhimpunan tersebut handbill mengenai penyeksaan Askar Pakatan Utara terhadap tawanan Taliban dan juga gambar kanak2 yang menjadi mangsa keganasan US juga telah diedarkan.

Selepas penahanan 5 orang pemuda, maka seluruh pemuda yang lain turut ke balai polis Sungai Nibung untuk memberi moral support. Terjadi sedikit pertengkaran dengan pihak polis kerana mereka enggan membenarkan beberapa pimpinan pemuda negeri untuk berada didalam kawasan balai.

Selepas berlaku pertkaman lidah dengan pegawai yang bertugas, dua orang lagi ahli pemuda ditahan. Mereka adalah Ketua Dewan Pemuda Bayan Baru dan juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri.

Mereka semua disoal siasat daripada pukul 2.30 ptg hingga 5.00 petang. Akhir sekali mereka dibebaskan tanpa sebarang syarat pada pukul 5.30 petang setelah perbincangan dibuat yang turut dihadiri oleh Ketua Lajnah Guaman, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Timbalan Pesuruhjaya 3 dan juga seorang AJK Perhubungan Negeri.

Sekian sahaja lapuran ringkas dari Sekretariat DPN Pulau Pinang

Wassalam
Anuar
S/U DPN Pulau Pinang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com