Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PERBAHASAN BELANJAWAN 2002 DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

PERBAHASAN BELANJAWAN 2002 DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
PADA 21NOVEMBER 2001 UCAPAN WAKIL PAS/BA NEGERI PERAK,
YB. DR. FAZOL FADZLI BIN MOHAMMAD

Dato' Seri Yang DiPertua,

Terima kasih kepada Tuan yang DiPertua dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana diberi keizinan mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Izinkan saya memulakan perbahasan Belanjawan 2002 dengan membaca sepotong ayat Allah yang berbunyi: (Membaca Ayat Suci al Quraan) yang kira-kira bermaksud: "Dan jika sekiranya penduduk di sesuatu Negeri, kampong atau tempat itu beriman dan bertakwa kepada Allah nescaya dibukan keberkatan yang melimpah ruah yakni tidak disangka-sangka dari pintu-pintu langit dan perut bumi".

Dato' Seri yang DiPertua, saya ingin sentuh satu falsafah perbelanjawan yang pernah dibentangkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dahulu. Beliau ada berkata, bahawa belanjawan ini adalah umpama bapa mengagihkan wang belanja tahunan kepada anak-anaknya. Bapa yang baik adalah bapa yang adil terhadap anak-anaknya, hemah berbelanja, tidak kedekut dan tidak boros dan kurang berhutang.

Satu lagi falsafah belanjawan yang dikemukankan oleh Menteri Besar Kelantan, belanja jangan boros dan jangan kedekut, beri kuasa kepada Ketua-Ketua Jabatan gunakan peruntuk sewajarnya tanpa campur tangan politik yang keterlaluan.

Dato' Seri Yang DiPertua,
Saya bagi pihak PAS Negeri Perak ingin mengucapkan tahniah di atas Belanjawan 2002 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Menteri Besar. Secara umumnya, belanjawan ini masih stero-type, rutin serta agak tradisional. Lebihnya meneruskan apa yang telah ada dan banyak idea-idea inovatif dan kreatif bagi zaman yang mencabar dan tidak menentu ini.

Dato' Seri Yang DiPertua,
Saya ingin menyentuh ekonomi yang berasaskan kegiatan silam. Perak pernah menjadi negeri terkaya di suatu masa lampau dengan hasil komoditinya yang datang dari sumber alam iaitu getah dan bijih timah yakni di awal kemerdakaan negara. Waktu peralihan revolusi perindustrian, Daerah Kinta dan Taiping pesat pembangunannya dengan sumber bijih timah. Tana-tanah hutan diteroka, ditanam getah dan hasil susunya diekspot keluar negara tapi malang hanya segelintir yang merasai nikmatnya dan hanyagolongan tertentu mempu meletakkan dirinya memasuki bidang ini. Namun nikmat kita ini tidak berpanjangan apabila berlakukejatuhan harga komoditi tersebut. Kekayaan ini ditarik balikole Allah S.W.T. dan akhirnya ia hilang mengiikut kehendak Allah S.W.T. Walaupun hasil bijih timah tidak sekompetitif zaman dahulu, namun hasil teknologi perlombongan boleh memberi manfaat kepada negeri seperti kejuruteraan hydraulik, kimpalan, mekanikal, pengkajian dasar bumi, pembuatan besi dan seumpamanya. namun sayang Kerajaan Negeri dahulu, kini dan selamanya hanya melihat industri perlombongan sebagai bahan sejarah semata-mata hingga membina muzium bijih timah.

Saya tidak menentang pembinaan muzium bijih timah tapi adalah lebih manafaat jika sebuah institusi penyelidkan kejuruteraan perlombongan ditubuhkan sebagai satu insitusi berteknologi tinggi sebagai platform menuju negeri-negeri maju.

Dato' Seri yang DiPertua,
Saya ingin menyentuh sistem ekonomi dan kewangan Islam.Sesungguhnya sistem ekonomi Islam yang dapat membebaskan manusia dari belenggu ekonomi seperi ini. Sistem ekonomi yang adil serta saksama bukan sekadar menjamin setiap masyarakat memperolehi pendapatan seimbang malah akan membawa kesejahteraan kepad sebuah negara. Hayatilah roh dari sistem ekonomi ini demi kepentingan rakyat terbanyak.

Sejarah telah merakamkan keberkatan ekonomi semasa pemerintahan Islam di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz makmur dan sejahtera ekonomi ngara tersebut hingga tiak ada rakyat miskin yang layak menerima zakat. Begitulah kegemilangan zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dimana berlakunya pembasmian kemiskinan, kemiskinan sifa.

Dato' Seri yang DiPertua,
Perkembangan berkenaan ekonomi semasa.

Perkembangan ekonomi dunia kini agak membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Kelembapan dan dan kejatuhannya memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada seluruh masyarakat di negeri ini. Kesan buruk adalah kepada golongan yang berpendapatan rendah, kemelaratan hidup semakin tersa, kadar kemiskinan semakin meningkat. Sistem ekonomi kapitalis global, kebergantungan ekonomi kita kepada dengan izin foreign direct investment terutama dari Amerika Syarikat amat ketara. Apabila sesuatu yang buruk menimpa Amerika Syarikat kesn besar menimpa Malaysia. Bewgitu juga dengan eksport baranganMalaysia, 30 % ke negara Amerika Syarikat. Jika berlaku masaalah di negara tersebut, permintaan barangan berkurang, akhirnya kilang di sini ditutup, pekerja dibuang kerja, seterusnya menyebabkan pengangguran dan pertambahan gejala sosial

Usaha jangka panjang mestilah ke arah meningkatkan domestik investment dengan izin sebagaimana yang dikatakan oleh Y.A.B. Menteri Kewangan kita yag baru, bukan lagi kepentingan total kepada foreign investment dengan izin. Pasaran- pasaran baru di negara Asia dan Timur Tengah perlulah dicari untuk memasarkan hasil perkilangan yang sedia ada. Daripada pandangan kami wawasan menjadikan negeri maju tidaklah salah bahkan digalakkan. Dalam istilah moden perkataan BERKAT atau barakah ada. Saya mencadangakan supaya unsur-unsur yang ditegah ghairah atau maisif oleh Allah ditinggalkan terus oleh pemerintahan Kerajaan Negeri . Diantaranya ialah riba. Akaun bank kerajaan, agensi dan anak-anak syarikat negeri wajarlah beralih kepada Perbankan Islam yang bebas daripada riba. Ini berdasar dalil al Quran yang bebunyi: (Membaca Ayat Suci Al Quran) yang kira-kira bermaksud: Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba" Unsur-unsur yang haram bolehlah dimasukkan ke akaun berasingan untuk tujuan tertentu sahaja.

Dato'eri Yang DiPertua,
Stategi belanjawan 2002.

Saya amat bersetuju bahawa sektor infrastruktur diberi tumpuan jga. Saya mencadangkan laluan Ipoh-Lumut yang sedia ada mestilah dilebarkan seberapa segera menjadi sekurang-kurangnya dual carriage way yakni du alorong sebelah kiri dan dua lorong sebelah kanan yang dianggarkan RM300 juta sebagai laluan alternatif. Ini bukan sahja mengurangkan masa perjalanan tetapi pengguna jalanraya lebih selamat dan tidak membebankan mereka.

Analogi yang boleh saya berikan kepada Lebuhraya Ipoh-Lumut ini adalah umpama Kuala Lumpur-Shah Alam dan Kelang. Walaupun Ipoh boleh di analogikansebagai Bandaraya Kuala Lumpur, Seri iskandar bolehlah dianalogikan sebagi Bandar Ilmu Shah Alam dan Lumut dianalogikan sebagai Pelabuhan Kelang. Tetapi Lumut juga ada pulu Pangkor sebagi industri pelancongan. Manafaatkanlah Menteri Kerja Raya yang menjadi Ahli Parlimen Negeri Perak ini. Ini bukan hanya cadangan baru malah telah disuarakan oleh beberapa Ahli yang Berhormat kepada sidang belanjawan ini dan ditahun lepas telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Manjung, Bercham, dan Pasir panjang dalam perbahasan lepas. Kebaikannya adalah serampang berbagai mata. Pelancongan, industri seterusnya pelabuhan, sebelum Lebuhraya Ipoh-Lumut atau Simpang Pulai, Ipoh, Lumut dibina. laluan aternatif ini mestilah dibina dahulu kerana ianya sudah tentu mesra rakyat yakni tidak ada tol, selamat dan mesra alam, insyaalah.

Dato' Seri yang Di Pertua,
Saya amat bersetuju bahawa sektor pengeluaran makanan diberi tumpuan kerana RM12 - 13 bilion untk mengimpot, padahal Negeri Perak ini adalah sebuah negeri yang luas tanahnya. Saya juga beramat setuju dengan cadangan Y.A.B. Menteri Besar supaya ditingkatkan pengeluaran makanan kerana ianya adalah suatu industri strategik dan mempunyai nilai sekuriti atau keselamatan. Ia dapat mengimbangi impot bahan makanan kita yang saya sebutkan tadi. Biar kita mempunyai lebihan makanan dan akhirnya akan memberi manafaat kepada rakyat dimana harganya akan murah dan selebihnya boleh diekspot.

Dato' Seri yang Di Pertua,
Peranan agensi kerajaan dalam pembagunan ekonomi Negeri Perak sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pelbagai peranan untuk membangunkan ekonomi. Agensi pembangunan ekonomi yang ditubuhkan seharusnya mepunyai matlamat yang jelas serta telus dalam melaksanakan tanggung jawabnya. Kerajaan Perak juga mempunyai agensinya untuk turut serta merancang serta melaksanakan ekonomi negeri ini. Yang menjadi tandatanya apakah kewujudan agensi-agensi benar-benar memberi kemanafaatan kepada pelbagai golongan masyarakat dalam negeri ini. PKNP seperti mana-mana perbadanan kemajuan ekonomi negeri lain telah ditubuhkanlebih 30 tahun lamanya. Namun begitu peranannya, tanggungjawabnya, ketelusannya serta keberkesanannya masih menjdi tandatanya. PKNP seharusnya menjadi katalis kepada pembangunan negeri yang lebih terancang dan berdaya maju Namun begitu, akhir-akhi ini dilihat kewujudannya telah tiada apabila penyertaan dalam kegiatan ekonomi dan pembangunan ekonomi seakan lenyap atau dolenyapkan dulu melalui anak syarikatnya. Kita boleh lihat penyertaan PKNK secara agresif dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perlombongan, periagaan, peruncitan dan pembalakan dan yang lebih besar dalam pembangunan hartanah. PKNP dijadikan seperti anak emasoleh kerajaan Negeri Perak apabila keutamaan dan kelebihan diberikankepdanya dan anak-anak syarikatnya. Keutamaan dan kelebihannya dalam penganugerahan kawasan balak, tanah perumahan, perlombonganserta syarat-syarat yang mudah dan kos yang rendah.

Kerajaan negeri juga menyalurkan sumber kewangan kepada perbadanan ini untuk memulakan dan meneruskan pelbagai perniagaan yang diceburinya samada melalui peruntukan terus dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri sendiri atau melaui tajaan jamin pinjaman melaui institusi Kewangan dalam dan luar negeri. Sekiranya dilihat dari segi logik sebuah syarikat yang telah berniaga lebih dari 30 tahun dan menerima pelbagai kemudahan serta keutamaan seharusnya kini akan menjadi salah satu daripada sumber perolehan hasil Kerajaan Negeri perak yang akan digunakan bagi dibelanjakan untuk kepentngan dan manafaat seluruh rakyat dalam negeri ini.

Saya ingin bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar dan kerajaan negeri sejauh manakah peranan dan sumbangan yang dimainkan oeh PKNK dalam menambahkan hasil Negeri Perak dalam belanjawan tahun ini serta sejauh manakah keberkesanan PKNP dalam pembangunan negeri, ekonomi negeri dalam tahun sebelumnya.

Sebelum ini diperlihatkan bahawa terdapat banyak anak syarikat PKNP yang telah memperolehi hasil lumayan dari kemudahan dan keutamaan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri , contohnya Gopeng Berhad, dulu adalah 100% milik PKNP dan kerajaan negeri sebagai peojek dalam dan luar Negeri Perak telah dilaksanakan olehnya hingga mampu menjadi sebuah syarikat yang kuat dan berdaya maju dalam bidang yang diceburinya. Gopeng Berhad yang dibekalkan dengan keluasan tanah yang melaut untuk tujuan pertanian atau perumahan, begitu juga beberapa kawasan kuari dan pembalakan yng semestinya mendatangkan keuntngan untuknya. Tapi kepentingan kerajaan dan rakyat dalam Gopeng Berhad ini dengan mudah dialihkan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar sebelum ini kepada individu tertentu.

Dato' Seri Yang DiPertua,
Bagaimanakah senario seperti ini boleh mudah berlaku pada zaman dimana kerajaan seharusnya mengekalkan mana-mana syarikat milik PKNP yang berdaya maju dan mmpu memberi hasil dalam belanjawan negeri serta mengurangkan syarikat yang memberi masaalah kepada kerajaan dan rakyat. Saya mengharapkan tidak akan ada lagi anak syarikat yang telah dibina atas sokongan dan kepentingan rakyat ini diperlakukan seperti ini dimasa akan datang. PKNP juga mempunyai beberapa pelaburan. Syarikat pelaburan besar seperti Perak Coperation dan beberapa syarikat yang menjalankan pelbagai bidang pekerjaan seperti Maju Perak dan berbagi-bagi maju dan lain-lain. Apakah Syarikat-Syarikat ini memberikan sumbangan hasil kepada belanjawan negeri Perak tahun 2002 ini atau sebaliknya kerajaan terpaksa menyalurkan peruntukan kepadany abagi membolehkan ianya terus hidup? Apa yang dibimbang adalah syarikat kepentingan rakyat dan Kerajaan Negeri hanya digunakan oleh pihak tertentu untuk mengauk keuntngan diri sahaja. Mendapat elaun Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah yang lumayan serta pelbagai kemudahan? Kepentingan rakyat dan Kerajaan diabaikan sama sekali. Perlu diingat bahawa sebagai sebuah perbadanan perusahaan awam, syarikat seperti ini perlu leb9h bertanggung jawab dari rakyat dari hanya mendapat keuntungan peribadi serta kelompok tertentu sahaja.Perbadanan Perusahaan Awam itu tidak lain tidak bukan adalah bagi memberikan peluang yang saksama kepada masyarakat terbanyak bagi mendapatkan keperluan hidup seperti rumah, pengangkutan dan seumpamaya.

Dato' Seri yang DiPertua,
Pembahagian dan peruuntukan projek perlu lebih seimbang dikalangan kontraktor. Adalah diperlihatjkan belanjawan kali ini banyak memperuntkkan berapa projek pembangunan besar dan kecil. Sudah pastilah pihak yang bertanggung jawab akan melantik kotraktor bagi melaksanakan pojek pembangunan iniAp yang ingin disampaikan disini ialah jangan mengambil peluang daripada projek ini dengan hanya memberikan kepada kawan-kawan atau satu golongan sahaja.. Kaedahnya perlulah lebih telus dan mementingkan profesionalisma bagi memastikan projek rakyat ini dapat disiapkan mengikut masa yang sitentukan dan memberi manafaat sepenuhnya kepada rakyat terbanyak. Dato' Seri yang DiPertua, janganlah seperti projek PPRT yang dicanangkan tapi banyak mengandungi unsur-unsr korupsi dan penyelewengan serta pilih kash. Mahu pun projek pembinaan makmal komputer sekolah-sekolah yang lansung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat terbanyak.

Saya merasakan kecenderungan memilih kontraktor dari satu golongan sahaja terserlah apabila ransangan, suntikan ekonomi diistiharkan oelh Y.A.B. Menteri Kewangan yang baru. Oleh yang demikian, pihak- pihak tertentu yang telah melantik kotrktor yang hanya dari kalangan mereka sahaja hsilnya masih bnyak lagi kerja yang masih belum selesai dan kerja yang tidak sempurna, menyebabkan pembangunan infrastuktur yang tidak seimbang di daerah-daerah dalam negeri Perak,

Dato' Seri yang DiPertua,
Berhubung dengan kuaterskakitangan kerajaan dan raumah murah Kos Rendah saya ingin sentuh sedkit. Perumahan selesa adalah dialu-alukan. Zaman sekarang rumah empat bilik lebih sesuai kerana satu bilik adalah untuk ibubapa, satu bilik untuk anak lelaki, satu bilik untuk anak perempuan dan bilik keempat adalah untuk pembantu rumah. Itulah yang terbaik dan sekurang-kurangnyatiga bilik. Oleh kerana negeri Perak mempunyai sumber tanah yang masih luas, saya cadangkan halaman rumah jugaditamah dan ada ruang untuk pembesaran rumah menurut kemampuan rakyat.

Dato' seri yang DoPertua,
seteerusnya saya ingin menarik perhatian sidang dewn mengenai peruntukan yang telah diberikan di atas program pembangunan insan. Saya bagi pihak rakyat mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan kerajaan terhadap usaha murni oleh program pembangunan insan dari apek rohani. Walaupun pembangunan insan tidak akan tecapai sekiranya usaha-usaha yang lain yang lebih praktikal turut disekat oleh pihak kerajaan. umpamanya program tazkirahdi masjid-masjid mahu pun di surau-surau sewaktu solat terawih. Program tazkirah adalah anjuran rakyat melaui jawatkuasa masjid yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam usaha-usaha dakeah. Program ini diadakan atas inisiatif ahli jamaah di kariah bukannya anjuran mana-mana ahli politik seperti dakwaan piahk kerajaan.Ia diadakan sepanjang bulan Ramdhan dan diwaktu solat terawih ialah kerana kesempatan itulah yang terbaik untuk memberi apa-ap peringatan kerana pada waktu itu ahli jamaah di Masjid atau surau terlalu ramaiberbanding solat-solat jamaah di luar bulan Ramdhan. Pendekatan dakwah seumpama ini sepatutnya mendapat pujian kerana mengambil kesempatan yang ada. Pernyataan yang disampaikan sudah tentulah menyentuh banyak aspek termasuk tanggung jawag seorang Muslim terhadap Allah, terhadap keluarga, terhadap masyarakat dan negara. Apabila aspek-aspek ini disentuh sudah tentulah ada yang terasa terutama bagi yang bergelar pemimpin. Tapi kalau kita renung sepotong hadith Nabi S.A.W yangbermaksud "Agama itu nasihat. Para shabat bertanya, bagi siapa? Nabi menjawab untk Allah dan Rasulnya dan untuk seluruh pemimpin orang-orang mukmin dan seluruh umat Islam yang lain.

Y.B.KAPT.(B) USAILI BIN ALIAS: Minta laluan Tuan yang DiPertua.

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Yang Berhormat Bota duduk dulu.

Y.B.KAPT.(B) USAILI BIN ALIAS: Minta laluan, rakan saya juga.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMAD: Saya bagi laluan.

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Ini bukan soal dia, soal saya speaker. Sila teruskan.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMAD: Dalam hadis ini jelas menunjukkan keutamaan peringatan dan nasihat yang hendak diberikan kepada mereka yang bergelar pemimpin terutama pemimpin negara kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar terhadap kepimpinannya, pemimpin yang ditegur serta dinasihat dan diberi peringatan. Sewajarnya berterima ksih kepada mereka yang menegur keran teguran dan peringatan itu mengingatkan pemimpin kewajipan melaksanakan amanat Allah S.W.T. dan amanah rakyat, kewjipan kembali kepada hukum Allah S.W.T. dalam urusan pemerintahan. Kewajipan melaksanakan pembangunan dengan adil tanpa mengira fahaman politij, agama, bangsa dan sebagainya.

Saya ingin melahirkan rasa kesal di dewan yang mulia ini di atas tindakan pihak kerajaan menghalang usaha murni majlis program tazkirah yang diadakan sepanjang bulan Ramdhan. Saya menyeru kepada pihak kerajaan walaupun pekeliling telah dihantar ke seluruh masjid menghalang program tazkirah tetapi skiranya diadakan juga janganlah para imam atau sesiapa sahaja yang bertazkirah terus dimbil tindakan melaui tangkapan oleh pihak polis, sebagimana yang telah berlaku di sebuah msjid di Negeri Selangor sebelum ini. Tindakan ini bukan sahaja memalukan tetapi menyebabkan rakyat semakin benci kepada kerajaan terutamanya pemimpin-pemimpin parti politik.

Saya tidak nafikan adanya para imam atau sesiapa sahaja yang memberi tazkirah mengambil kesempatan untuk menyindir pemimpin-pemimpin kerajaan tetapi harus diingat pemimpin-pemimpin parti polotik ini juga turut mengambil kesempatan sewaktu berucap di dalam masjid-masjid dalam majis-majils berbuka puasa dengan ucapan yang jelas ditujukan kepada pembangkang terutama kepada Parti Islam dan Keadilan. Ada juga dikalangan pemimpin UMNO berpendapat tazkirah dilarang kerana menghalang ibadah ahli-ahli jemaah di Masjid. Ini adalah pandangan yang terlalu sempit dan nampak kejahilannya. Adakah tazkirah ini tidak bersifat ibadah, adakah dengan mengingati mati, mengingatkan dosa pahala, mengingatkan syurga neraka, mengingatkan kewajipan terhadap pemimpin dan sebagainya tidak ibadah namanya. Perhatikan lah firman Allah yang bermaksud: (Bacaan Ayat Suci AlQuran)" Maka berikanlah peringatan kerana peringatan itu memberi manafaat kepada orang-orang mukmin" Ayat ini adalah perintah Allah S.W.T. selain daripada peringatan kepada orang-orang mukmin melaksanakan peritah Allah S.W.T. Ibadah bukan bermakna sembahyang, puasa, zakat, haji, baca alQuran semata-mata tetapi apa sahaja usaha yang boleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. juga adalah ibadah termasuk tazkirah.

Dato' Seri Yang DiPertua,
Sepatutnya pihak kerajaan menggalakkan perkara yang baik seperti ini. Kerajaan boleh memberi garis panduan kepada jawatankuasa kariah tentang tatacara tazkirah. Kerajaan boleh juga mengenakan syarat-syarat tazkirah, tempoh masa sesuai menyediakan tajuk-tajuk tazkirah bahkan boleh menyediakan teks tazkirah untk dibaca oleh para imam. Tindakan ini sngatlah wajar, sangat lebih wajar daripada menyekat dan menghalang kerana tazkirah akan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa insan, memupuk ketakwaan dan melahirkan insan yang sentiasa mematuhi perintah Allah S.W.T. dan RasulNya S.A.W.

Dato' Seri Yang DiPertua,
Saya juga ingin mempersoalkan tindakan pihak Jabatan Agama Islam yang tidak menghormati keputusan ahli kariah sewaktu memilih ahli jawatankuasa kariah. Hak mereka dinafikan untuk mereka memilih yang layak dan berkemampuan. Saya difahamkan UMNO bahagian pun ada campor tangan dalam urusan masjid. PAS sering dituduh menggunakan masjid untuk kepentingan politik PAS.

Y.B. DATO' DR. ABDUL MALIK BIN MD. HANAFIAH: Saya minta penjelasan. Ahli Yang Berhormat dari Belanja telah membuat tuduhan, kata UMNO Bahagian campur tangan, saya rasa tuduhan ini tidak betul. Sila buktikan.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMED: Saya menyahut cabaran itu kerana buktinya ada. Dikalangan rakan saya. Saya boleh tunjuk sekarang atau selepas ini, kita boleh buktikan. Saya teruskan Dato' Seri Yang DiPertua.

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Pukul satusaya minta duduk, oranglain nak berucap.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMED: Dato' Seri Yang DiPertua,
saya ingin menyentuh berhubung kakitangan kerajaan yang mirip kepada Barisan Alternatif yang telah dikenakan tindakan. Adalah tidak adil kita mengenakan tindakkan kepada satu pihak sahaja yang dikatakan melanggar General Order. Padahal di Parit sahaja saya ada nama sekitar 18 ataupun 24 pegawai pendidikan yang memegang jawatan secara aktif di dalam UMNO Bahagian Parit. Begitu juga Ketua sektor JPN adalah seorang ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Bagan Dato'. Ktua Penerangan UMNO Bahagian Parit juga adalah seorang ijazah DG3. Pokoknya keadilan mestilah dilaksanakan kerana keadilan itu hampir kepada taqwa dan seterusnya ia akan memberi keberkatan yang sebagaimana ayat saya sebutkan di awal tadi.

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Duduk Yang Berhormat sudah pukul satu.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMED: Dato' Seri yang DiPertua, saya ingin memaklumkan masaalah ditempat saya. Ini adalah kelemahan sistem pengangkutan oleh kerana

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Tadi yang masaalah Parit tadi bukanlah masaalah tempat Yang Berhormat?

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMED: Ada juga saya sebut tentang masalah di ..... perkhidmatan bas awam diantara Parit dan Teluk Sena, yang menyambungkan diantara dua DUN Exco kita, DUN Manong dan DUN Kg. Gajah. Sudah dua tahun tidak ada perkhidmatan bas awam di situ, jadi rakyat telah berkali-kali merayu kepada kerajaan supaya perkara ini diambil serius kerana ini adalah kemudahan asas bagi rakyat dan satu lagi saya rasa berat untuk bercakapbenda ini. Berkenaan dengan kandang babi, di desa Tronoh Jaya, di Kg. Baru Nala, Tronoh. Terdapat 10 buah rumah yang majoritinya Melayu Islam, berkongsi pagar dengan kandang babi. Masih ada babi, tadi pun ada lagi. Jadi saya telah bertemu dengan YDP Majlis tersebut, yang YDP yang lepas dan saya juga telah bertemu dengan exco berhubung perkara ini. Jadi saya berharap pihak kerajaan ambillah tindakan kerana ia melibatkan kebanyakan pensyarah dan pelajar-pelajar daripada Universiti Petronas di Tronoh itu.

Dato' Seri Yang DiPertua,
Saya sentuh isu yang mengaitkan PAS dengan keganasan. PAS dulu, kini dan selamanya akan bergerak dijalan landasan demokrasi dengan menyertai pilihanraya. PAS telah memasuki pilihnraya sebanyak 10 kali dan biasa denga kekalahan. Kita tidak pernah menganjurkan keganasan. Kita adlah parti yang berdaftar. Sejarah telah merakamkan PAS telah memerintah selama 28 tahun di Kelantan, 18 tahun di zaman Dato' Asri dan 11 tahun di zaman Tuan guru Nik Abdul Aziz. Tiada berlaku huru hara kecuali adalah yang dicetuskan segelintir pihak-pihak tertentu. Kita tidak memaksa orang-orang bukan Islam masuk Islam di Kelantan. Orang bukan Islam juga tidak dipaksa untuk bersunat secara besar-besaran atau beramai-ramai. mereka boleh minum arak, berjudi dan makan babi seperti biasa. Malah Kerajaan Terengganu telah memberi ruang untuk ternakan babi bagi kegunaan sendiri di Negeri Terengganu. Jika terbukti ahli bertindak ganas kita akan memecat mereka. Satu lagi Dato' Seri Yang DiPertua.

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Du Bulan Puasa ni kalau dah berjanji tak boleh mungkir. Orang Islam bukan sahaja bulan puasa, bila-bila.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMAD: Saya sebut keadilan tadi adalah hampir kepada taqwa. Jadi pada 10hb 11 UMNO telah membuat ceramah politik di Dewan Orang Ramai Kg. Gajah yang penceramahnya datang daripada Kedah. Kami daripada Barisan Alternatif sebagai parti yang berdaftar memohon permit, kita mengguna premis Kerajaan, kita guna premis rumah persendirian, markas-markas yang dibina oleh ahli-ahli kami. Kami tidak menggunakan duit cukai daripada rakyat seperti dewan orang ramai yang digunakan oleh UMNO. Apa... kami minta permit selama 14 hari tetapi disaat-saat akhir ianya dibatalkan. Sudahlah media massa tidak memberi kerjasama. Segala-galanya disekat, zalim, zalim, zalim.

Y.B. KAPT.(B) USAILI BIN ALIAS : Minta laluan.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMAD: Saya bagi laluan, saya bagi laluan.

Y.B. KAPT.(B) USAILI BIN ALIAS : Dalam masaalah permit program-program kita ceramah, apakah untungnya pihak kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat menghantar beratus-ratus orang FRU untuk mengawasi ceramah kami, bukankah itu merupakan satu pembaziran, sedangkan jelas tidak pernah berlaku dalam sejarah ada keganasan yang kami lakukan semasa ceramah.

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Kadang-kadang semasa PM datang pun bertrak-trak FRU, tak de pula semasa PAS sahaja. kita kena pandang dua belah pihak.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMAD: Dato' Seri Yang DiPertua, sya bersetuju dengan (GANGGUAN) . Di zaman ekonomi yang tidak menentu ini, pembaziran mestilah dielakkan. Kita perlu ikat perut. Teguran berhubung dengan apa, projek jalur gemilang yang menelanbelanja yang banyak. Pelita gergasi patutlah dikurangkan di masa-masa akan datang. Janganlah hendaknya ada pojek ketupat gergasi di hari Raya Aidil Fitri nanti atau Tanglong gergasi semasa Tahun baru China nanti kerana di zaman ekonomi yang tidak menentu ini iaktlah perut sedikit. Saya ingin menarik perhatian dewan, teguran....

Y.B. DATO' SERI YANG DIPERTUA: Dah berapa ni, macam mana tadi janji satu dah jadi tiga ni.. tak boleh...jangan sebut satu tadi, sebut sikit..dia berjanji tak boleh, kalau janji mungkir tak boleh.

Y.B. DR. FAIZOL FADZLI BIN MOHAMMAD: Tahu lepas, semasa sidang belanjawan, Laporan Ketua Audit Negara 1997 ada dibentangkan di dewan ini, tapi tahun 2001 ini tidak ada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2000 dan laporan tahunan PKNP yang terakhir adalah tahun 1996. Mana perginya laporan PKNP tahun 1997, 98, 99 dan tahun 2000? Akhirnya saya ingin menutup perbahasan saya ini dengan membaca sepotong ayat Allah dari surah Al Maidah, ayat 8, (ayat al-quran) yang kira-kira bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan ahilnya dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong untuk kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kam kerjakan".

Dato' Seri Yang DiPertua,
Semoga apa yang telah saya sampaikan ini memberi manafaat kepada sidang belanjawan yang berlansung pada dua tiga hari ini. Sekian, terima kasih.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com