Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Laporan dari Serdang

Setelah Masjid ditegah mengadakan tazkirah oleh JAIS, Markas PAS pun hendak dihalang aktiviti oleh JAIS

Ustas Mashadi ditahan setelah selesai mengimamkan solat tarawikh di Markas PAS Kaw. Serdang di Kg Kenangan Puchong pada 11/12/2001 jam 10.00 malam.

Berikut adalah catatan ringkas urutan peristiwa tersebut:

Pihak JAIS telah mengarahkan agar aktiviti-aktivit seperti Kuliah, solat isya' dan tarawikh dihentikan di Markas PAS Kaw. Serdang di Kg Kenangan, Puchong. Berpucok surat telah dihantar ke markas tersebut bermaksud mengarahkan segala aktivit keagamaan dihentikan. JAIS telah memanggil tuan punya tanah dimana Markas itu didirikan kePejabatnya dan meminta aktiviti berkenaan dihentikan. Arahan itu tidak kami patuhi kerana bercanggah dengan arahan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang mahukan agar Markas Markas PAS di Imarahkan setiap waktu khususnya disepanjang bulan Ramadhan.

JAIS telah menghantar surat-surat amaran tersebut termasuk surat tegahan melaungkan azan menggunakan pembesar suara di Markas PAS kerana kununnya ianya menyamai aktivitit-aktiviti masjid dan perlu mendapatkan kelulusan JAIS atau boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 12c JAIS. Arahan dan tekanan ini telah dikenakan kepada PAS Caw. Kg Kenangan (Kaw. Subang) yang berkongsi markas yang sama dengan Kaw. Serdang sejak june 2001 yang lalu.

PAS Kaw. Serdang telah mengambil pendirian untuk tidak mahu mengalah dengan desakan tersebut dan bersedia untuk mencabar JAIS. Satelah berbincang dan mendapat nasihat dan back-up yang kuat dari Saudara Khairuddin (Ketua Lajnah Undang-Undang Pemuda Negeri Selangor) yang telah 2 kali turun ke Serdang untuk urusan ini.

Akhirnya pada malam tadi 11 Dec 2001 (jam 10.00 malam) Pasukan JAIS dengan diringi Polis Petaling sekitar 15 orang telah datang ke Markas Kg Kenangan untuk membuat tangkapan. Untuk makluman semua. JAIS sendiri telah membocorkan maklumat yang mereka akan membuat tangkapan pada malam tadi. kununnya nak gempaq bagi orang PAS takutlah tuu.. Jadi senanglah kerja mereka.

PAS Serdang telah meminta para sahabat yang berani kehadapan untuk sama-sama ditangkap pada malam tadi.. beberapa kawasan berhampiran seperti pemuda Hululangat dan Pemuda Subang telah turun ke Markas PAS Kg Kenangan di Puchong untuk sama-sama bersedia untuk melumayankan hasil tangkapan JAIS. Kami telah menunggu dengan video camera dan peguam kita saudara Khairuddin untuk menghadapai sebarang kemungkinan.

Saudara Khairudin juga telah meminta semua ahli PAS jangan bertindak diluar undang-undang dan bertenang. Satelah berhadapan dan berhujjah dengan lawyer kita (saudara Khairuddin dan sahabat beliau ) mereka hanya minta Imam sembahyang tarawikh sahaja untuk didakwa dibawah seksyen 12 c JAIS. Ustaz Mashadi telah dibawa ke Balai Polis Puchong jam 11.00 malam untuk dibuat lapuran Polis oleh JAIS denga diringi oleh 30- 40 orang ahli PAS. Beliau akan diadakan soal siasat oleh JAIS pada pukul 9.00 pagi esok (12 Dec 2001) di Pejabat agama Islam Petaling.

Ustaz Mashadi juga telah membuat lapuran Polis (atas nasihat saudara Khairuddin) yang mana mendakwa bahawa penahan beliau adalah tidak sah kerana JAIS tiada kuasa untuk menahan beliau dalam menjalankan aktiviti Parti.

Ana selaku Setiausaha PAS Kawasan Serdang merakamkan penghargaan dan terima kasih khusus kepada Saudara Khairuddin yang telah bersusuah payah bersama kami berhadapan dengan JAIS di Serdang dan juga kepada Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang (saudara Jamzuri Ardani dan jawatankuasanya) dan juga Kaw. berhampiran seperti Kaw. Hulu langat dan Subang yang turut bersama PAS Kaw. Serdang. Aktiviti-aktiviti di Markas tersebut akan kami teruskan meskipun kes sedang berjalan.

Jazakumullahu Khairan Khateera. Wassalam.

Sapiyan Mohd Din
Setiuasaha PAS Kawasan Serdang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com