Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tindakan JAIS sangat dikesali

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS
15HB. DISEMBER 2001/29 RAMADHAN 1422

Tindakan JAIS sangat dikesali

Dewan Pemuda PAS Pusat sangat kesal di atas tindakan JAIS dan pihak polis yang cuba menghalang ahli-ahli PAS daripada menunaikan solat tarawikh di markaz PAS Serdang. Tindakan ini merupakan tindakan yang sangat biadab terhadap hak orang Islam untuk mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan apatah lagi di penghujung Ramadhan di ketika umat Islam terlalu hampir dengan hari raya. Tidak sepatutnya JAIS dan pihak polis menghalang ahli-ahli PAS menunaikan solat tarawikh di mana-mana pun samada di markaz atau di mana-mana sahaja tempat yang sesuai untuk solat. Markaz PAS bukan sahaja pusat pentadbiran tetapi pusat segala kegiatan PAS dan ahli-ahlinya antara menunaikan solat tarawikh berjamaah. Amalan PAS mengimarahkan markaznya setiap malam di bulan Ramadahan merupakan amalan yang diadakan sepanjang tahun, PAS ada program yang tersendiri dalam menghimpunkan ahli-ahlinya melalui program Ihya’ Ramadhan seperti berbuka puasa, solat tarawikh, tazkirah dan sebagainya. Tidak cukupkah dengan kuasa yang ada untuk menghalang tazkirah di masjid-masjid dan di surau-surau sehingga markaz PAS pun turut diganggu, adakah PAS menyebarkan ajaran sesat di markaz ?. Tindakan JAIS seolah-olah sama sebagaimana tindakan tentera-tentera Israel laknatullah yang membunuh dan menghalang umat Islam Palestin bersembahyang di masjid-masjid. Sepatutnya JAIS menyerbu dan membuat tangkapan ke atas umat Islam yang melakukan maksiat di pusat-pusat maksiat yang berselerak di seluruh negeri Selangor. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru JAIS bersikap dengan lebih professional dan rasional, jangan ikutkan telunjuk pemimpin-pemimpin yang rakus dengan kuasa politik dan jahil dalam memahami agama, takutlah akan balasan Allah di akhirat, di dunia kamu terlepas di akhirat balasan Allah tetap menanti.

MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI
SETIAUSAHA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com