UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Khir Toyo hampir menang pusingan pertama?

Dr Khir Toyo mungkin boleh senang hati jika melihat para pengampunya dapat memastikan Utusan Malaysia menyiarkan satu surat pembaca pada 25 Disember lalu dan satu ulasan berita pada hari ini.

Kedua-dua tulisan dalam akhbar milik Umno itu jelas menyokong sepenuhnya kempen yang dilakukan oleh pengampu Khir, iaitu untuk menyingkirkan tiga orang Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Shariff Jajang, Dr Zainal Abidin Ahmad dan Mokhtar Dahalan.

Ketiga-tiga wakil rakyat Umno itu dikatakan terbabit menyerahkan bukti dan dokumen sulit tentang rasuah Menteri Besar Selangor itu kepada Ahmad Lutfi. Lutfi setakat ini telah membuat empat kali laporan kepada BPR menyerahkan segala bukti tentang pembabitan Khir dalam amalan rasuah, terutama mengenai kelulusan permohonan tanah dan menyerahkan projek kepada kontraktor bermasalah.

Maka bersorak-sorailah pengampu Khir bila melihat dua tulisan yang menyokongnya itu tersiar dalam Utusan. Sememangnya Khir menunggu masa sesuai untuk membuat rombakan Kabinet dengan menggantikan tokoh-tokoh lama dengan mereka yang boleh dipercayainya, yang dapat menjaga segala rahsia kelicikannya dalam membaham segala khazanah kekayaan negeri Selangor.

Khir memang mahukan semua Exco mengikut telunjuknya dan mengiakan apa saja keputusannya. Sebab itu bila dituduh dia mengamalkan pilih kasih dalam meluluskan tanah, Khir cepat-cepat mengatakan bahawa semua keputusannya dalam mempengerusikan mesyuarat Exco adalah dengan persetujuan anggota Exco.

Tentulah habuan lumayan sedang menunggu pengampu Khir bila terbukti benar Mahathir dapat menerima segala penjelasannya terhadap semua tuduhan Lutfi, termasuk mengenai tawaran tanah murah milik PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi kepadanya. Khir telahpun membuat pembayaran penuh, lebih RM230,000 dan dipersoalkan dari mana sumber kewangannya?

Bagi Khir masalahnya hanya empat perkara penting:

1. Bagaimana mempengaruhi Mahathir supaya beliau terus kekal sebagai MB.

2. Bagaimana mahu mengambil hati SUltan Selangor supaya tidak mendesak PM melucutkan jawatan Khir.

3. Bagaimana mahu memastikan BPR tidak mendapat bukti kukuh bagi mendakwanya di mahkamah atau mengemukakan bukti itu kepada Mahathir supaya langkah politik diambil kepada Khir.

4. Bagaimana mahu memastikan musuh ketatnya, Ahmad Lutfi Othman mengibarkan bendera putih mengaku kalah dan menarik balik serangannya kepada Khir.

Khir mungkin boleh menguasai tiga perkara di atas, tetapi bagi memujuk Ahmad Lutfi untuk meredakan tentangan kepadanya, ia adalah cukup sukar. Orang-orang Khir kini berkeliaran di sana sini bagi mencari bukti, terutama dari kawan-kawan Lutfi sendiri, siapa sebenarnya yang memberi bukti kepada Lutfi.

Sama-samalah kita saksikan apa lagi strategi Khir dan pengampunya untuk memenangi kes ini secara keseluruhannya.

Oleh PEMINAT TRANUNGKITE






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com