Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Negara Islam dan peristiwa Nuzul Quran ala Mahathir

Kununnya Malaysia Negara Islam, kata Mahathir dan burung kakak tua serta burung puyohnya.

Bila tiba Nuzul Quran, berterabur cara ia memuliakannya. Setengah negeri ishtihar cuti dan disetengahnya terutama WP buat macam tak ada peristiwa Nuzul Quran dalam kalendernya. Apakah kemangkatan si Agung itu lebih bermakna dari peristiwa turunnya al quran?, maka diishytiharkan cuti seluruh negara dan diwar warkan jika ingkar mematuhinya, bolih didenda dsbnya. Kenapa Nuzul alquran tidak diishytiharkan cuti seluruh negara, bukan cuti itu yang kami pertikaikan tapi kemuliaan alquran itu saolah olah lebih rendah dari Agung. Senatiasa diperlekehkan, setakat buat bacaan burung kakak tua bila raja raja mati, langsung tiada kata sepakat pemimpin dan rakyat sebuah negara yang menepuk dada mengatakan bahawa mereka adalah sebuah negara islam sebenarnya, untuk mengishytiharkan cuti sebagai memuliakannya.

Kalau sebuah negara islam, apakah salah satu yang paling selayaknya di muliakan kalau tidak alquran itu sendiri, baik dari sudut sejarah dan latar belakangnya, penyimpanan serta pemeliharaannya, pembacaan dan penafsirannya yang teliti dsbnya. Lebih lebih lagi hari turunnya alquran itu yang dikenali sebagai Nuzul Alquran. Negara islam taik kucing kamulah Mahathir, kalau perkara asas islam ini pun kamu tak nampak dan muliakan, jangan nak kelentonglah, porahlah mamak pembelit. Ketimbang cakap pasal negara islam ni, tu... kenapa masih tesergam dan lagi besar dan besar lagi megah premis judi terbesar yang dipengerusikan olih orang melayu yang kununnya beragama islam. Selayaknya ditutup dan dihapuskan semua lesen judi. Kalau kamu betul betul ikhlas (tapi pembelit macam Mahathir ni mana reti ikhlas ikhlas ni, tak mainlah) menyatakan dan menganggap Malaysia ini negara Islam, ayuh jadi anak jantan, hapuskan judi dan tutup Genting highland sebagai tempat judi. Sebenarnya dah letih nak leterkan simamak dan burung kakak tua serta pencacai pencacainya, depa ni buat pekak labang telinga, buta perut, janji yang penting kuasa ada dan bolih kaut dan songlap apa yang ada, negara kantoi lantak pilah, pandai pandailah kamu yang tinggal ambil alih. Itu prinsip depa memimpin sekarang, orang dok cakap pasai order baru, depa bedengung bab tu, bila cakap pasai globalisasi depa dok pakat heboh sama lagu mana nak ciluk peluang. Dasar kepala penyamun.

p'kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com