UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenyataan tolol Aziz Shamsuddin

Assalaamualaikum netters

Dalam Utusan Meloya sipendek Aziz telah keluarkan kenyataan kebudak-budakan sekali lagi. Kali ini mengugut mana-mana pelajar IPT yang terlibat dengan kempen pilihanraya kecil di Perlis. Kenyataan tersebut juga berupa amaran terhadap pelajar yang cenderung membantu BA. Bagi mereka yang menolong BN (baca Barisan Najis) tidak pula disebut kali ini…akan tetapi kita semua faham di sini bahawa sekiranya menyokong BN…gagal dalam pelajaran seperti Wan Norhayati (UTM) pun dibenar ulang lagi. Lucu di sini apabila pelajar berani menunjukkan kredibeliti maka juak-juak UMNO/BN akan cuba merendah-rendahkannya pula. Seolah-olah bebudak IPT anak ingusan yang boleh dicucuk hidung. Kepada si pendek Aziz sedarlah diri sedikit…awak naik ke atas sana sebab amalan meritokrasi Madey…di Gopeng sana orang tak mahu kamu. Malah Allah Taala sendiri tak mengizinkan arwah isteri kamu hidup sebumbung lama-lama dengan kamu. Satu pengajaran buat kamu sekiranya kamu tahu menilai.

Hamba pasti pilihanraya di Perlis akan hangat diperkatakan dalam Tranung Kite sebab Wak Amin Sapiro dah mula tunjukkan aksi. Syabas Wak Amin dan kita doakan perjuangan di Perlis memihak pada BA. Barangkali mengikut laporan SB kali ini BN akan kecundang di sana memandangkan pilihanraya kali ini akan menggunakan senarai pengundi 2001. Aziz yang merupakan loud speaker BN tu mula nak tunjuk sebab akan phobia Madey selama ini terhadap para pengundi muda yang punya kesedaran maruah Islam dan bangsa telah dicemarkan oleh mamak sekor tu. Akan berulangkah tragedy Lunas kali ini. InsyaAllah hamba optimis sejarah pasti berulang. Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Kepada warga Tranung Kite di Dungun…Selamat menyambut ulang tahun ke 2 pada Sabtu ini. Panjang umur jumpa lagi.

Wassalaam.

yang fakir lagi dhaif

peon_siber@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com