UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SAH MB SELANGOR, DR KHIR TOYO GILA KUASA

Penafian kerana rasuah dan gila kuasa oleh MB Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam persidangan DUN Selangor apabila diasak bertubi-tubi oleh Dato' Dr Hassan Ali adalah tidak boleh dipercayai.

"SURAT SETUJUTERIMA TENDER" yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah JKR Selangor bertarikh 14 May 2001 kepada Radzah Engineering Sdn Bhd dengan nombor rujukan J.N.SEL.2/2/L/99(QS)(7) membuktikan bahawa Khir Toyo memang seorang yang gila kuasa.

Surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah JKR Selangor dan semestinyalah ditandatangani oleh Pengarah JKR Selangor tetapi telah ditandatangani oleh MB Selangor, Dr Khir Toyo di ruangan "Tanda Tangan Pegawai".

Kesimpulannya adalah bahawa Khir Toyo sah seorang MB yang gila kuasa dan akan melakukan apa saja tanpa menghiraukan peraturan dan undang-undang demi untuk memperkayakan dirinya sendiri dan kroni dalam Umno. Ia sanggup meletakkan dirinya sebagai "Pegawai Kerajaan" dan menandatangani surat tersebut untuk memastikan bahawa projek Jalan di Sg. Panjang diberikan kepada kroninya.

Berikut adalah salinan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah JKR Selangor yang mana MB Selangor telah meletakkan dirinya sebagai "Pegawai" di Pejabat Pengarah JKR Selangor.

           
Sila Klik untuk besarkan

Perdana V6






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com