Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


DEBARAN INDERA KAYANGAN - BA Berpeluang.

Debaran pilihanraya kecil Indera Kayangan makin hebat. Memang rakyat Perlis telah lama menanti saat ini, ia bermula semenjak bekas adun kawasan berkenaan sakit agak serius lebih setahun yang lalu. BN sebenarnya telah membuka bilik gerakan pilihanraya semenjak sebelum bulan puasa lagi ketika bekas adun itu sedang dirawat dan diberitakan tenat. Shahidan sendiri telah melakukan pelbagai program di situ semenjak sekian lama dan dia tentunya akan bermati-matian mempertahankan kawasan yang dikuasai BN itu walau pun sebenarnya beliau masih terkejut, sedih dan masih belum pulih semangatnya dengan peristiwa yang menimpa anaknya.Walau apa pun Shahidan mesti memastikan BN menang lagi di situ.

Konflik Shahidan - Azmi Khalid memang tidak boleh ditutup lagi. Baru-baru ini diberitakan bahawa Azmi Khalid telah melawat dan mendengar sendiri masalah orang kampong yang katanya dianaktirikan oleh Shahidan di kawasan Tambun Tulang. Shahidan menyifatkan tindakan Azmi itu sebagai 'ceroboh kawasan' kerana Tambun Tulang terletak dalam Parlimen Arau, walau pun sebagai menteri Azmi berhak ke mana sahaja tetapi tindakan Azmi itu tidak disenangi Shahidan.

Azmi tentu mengambil kesempatan pilihanraya kecil ini untuk mengaibkan Shahidan. Inilah peluang keemasannya. Jangan lupa bahawa antara penyokong kuat Azmi di Perlis ialah Zahidi Zainal Abidin - Adun Beseri.Zahidi walau pun adun BN tetapi telah dianaktirikan oleh Shahidan. Peruntukan pembangunan untuk kawasan Beseri pun dibekukan seperti yang Shahidan lakukan kepada adun PAS di Perlis. Gabungan Azmi-Zahidi (jgn lupa juga Zahidi adalah orang kuat Pak Lah dan Sahidan orang kuat Mahathir)tentu tidak boleh dipandang ringan untuk mengaibkan Shahidan di Indera Kayangan.

Calon BN Indera Kayangan adalah MCA iaitu Ooi Ah Lan - Peg Khas MB Perlis dan team A MCA. Sementara Loh Yoon Foo yang baru dilantik sebagai exco kerajaan negeri pula team B MCA. Krisis dalam MCA juga tidak kurang memberi peluang kepada BA untuk mengalahkan BN. Gabungan krisis Shahidan-Azmi dan krisis dalaman MCA adalah advantage kpd BA. Peluang ini wajar direbut dengan penuh cermat dan berstretegi.

Walau pun pengundi Melayu di Indera Kayangan sekitar 45% namun begitu jgn lupa bahawa mood pengundi melayu untuk mengajar kebiadaban BN masih belum padam. Salah satu peti undi di Indera Kayangan - peti undi Seberang Bakau yang majoritinya Melayu dimenangi oleh BA dalam pilihanraya 1999 yang lalu. BN yang sekarang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan imej hodohnya di kalangan orang Melayu kebelakangan ini sebenarnya amat bimbang dengan undi Melayu. Orang Melayu sekarang sudah bijak berpolitik kecuali golongan minoriti yang selalu disebut sebagai golongan gigit mee pun tak putus. Undi Melayu bersama BA. Persoalannya bagaimana undi cina?

KeADILan perlu berhati-hati dalam meletakkan calon. Lebih baik calon Melayu daripada calon cina. Ini untuk menarik sokongan penyokong Umno di sini. Mood pilihanraya kecil amat berbeza dengan pilihanraya umum. Orang Melayu amat sensitif dengan calon berbangsa lain berbanding orang cina. Sdr Annuar Tahir dilihat paling sesuai memandangkan beliau adalah national figure dan diterima umum. Ko Chu Liang dilihat kurang sesuai kerana bukan national figure. Sementara tiga tokoh KeADILan yang lain yang disebut-sebut dari Pulau Pinang juga tidak sesuai kerana tidak dikenali masyarakat tempatan.

BA akan turun ke Indera Kayangan sebagai satu team. Semoga kerusi pembangkang di dun Perlis bertambah satu lagi dan ini amat diperlukan untuk mengimbangi ketokohan tiga adun PAS yang sedia ada. Selamat berjuang.

Putera PAS Padang Besar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com