UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




INDERA KAYANGAN - Awas taktik jijik BN.

Indera Kayangan kini menjadi buah mulut semua. BN mulai bimbang kalau-kalau kerusi itu gagal dipertahankan dan sejarah Lunas berulang. Krisis dalaman MCA walau pun disifatkan oleh Shahidan sebagai tidak menjejaskan sokongan kepada BN tetap memeningkan kepalanya sebagai Pengerusi BN negeri. 'Pertarungan' antara team Shahidan dengan team Azmi Khalid yang disokong oleh Dato' Radzi juga tidak boleh dipandang sebelah mata oleh Shahidan. Isu-isu negara seperti kenaikan tol dan kenaikan harga petrol memberi advantage kepada BA. Tentunya isu sekolah wawasan tidak akan dibiarkan begitu sahaja kecuali akan dieksploitasi oleh BA kerana kawasan ini adalah kawasan yang undi penentunya di tangan kaum cina.

Mengikut statistik terkini, kawasan N08 Indera Kayangan mempunyai seramai 7976 pemilih berdaftar. Seramai 3781(47.40%) pemilih Melayu, 3701 (46.40%) Cina, 431 (5.4%) India dan 63(0.78%) lain-lain. Kompisisi ini sebenarnya membimbangkan BN. Kawasan ini mempunyai tujuh daerah mengundi dimana empat daripadanya adalah daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih Melayu melebihi 49%. Majoriti sebanyak 1974 yang diperolehi oleh BN dalam pilihanraya umum yang lalu tidak menjanjikan kedudukan selesa untuk BN.

Bagi BA, kemenangan memang amat diharapkan, lebih-lebih lagi dalam suasana dimana ramai berpendapat imej BN ketika ini agak baik. Sekurang-kurangnya majoriti BN yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu mesti dikurangkan. Kalau ini tidak diperolehi memang betullah imej BN telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat. Isu-isu yang selama ini berjaya mempengaruhi rakyat telah mula dilupai. Ini juga bermakna rakyat telah melupai kebobrokan pemerintahan Mahathir dan konco-konconya. Ini juga bermakna BA semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat dan peluang untuk BA meneruskan kecemerlangan pada pilihanraya ke 11 dilihat semakin malap. Harap-harap ini tidak berlaku.

Realitinya tidak banyak isu-isu tempatan yang boleh diketengahkan dalam pilihanraya kecil ini kecuali isu-isu berkaitan pilih-kasih dan kelemahan pengurusan kerajaan BN Perlis. Untuk menarik simpati mungkin boleh digunakan isu menambah bilangan kerusi pembangkang di DUN Perlis dan kerusi itu diisi oleh seorang 'profesional' kerana tiga pembangkang yang ada sekarang semuanya berlatarbelakangkan agama.

BN tentu akan menggunakan taktik-taktik kotor yang telah lama membudaya di dalam amalan politik mereka. Isu keganasan dijangka akan digunakan sepenuhnya. Diharap BA mengambil langkah wajar mengenai perkara ini. Kalau dulu isu Tengku Razaleigh bertengkolok 'salib' telah memenangkan BN, tidak mustahil kali ini t-shirt bergambarkan Osama ben Laden atau gambar Thaliban memegang machine-gun akan digunakan sebagai senjata untuk menggambarkan BA terutamanya PAS adalah ganas. Tidak ada perkara yang paling menakutkan terutamanya pengundi cina melainkan keganasan. Begitu juga dengan pergaduhan-pergaduhan yang akan dimulakan oleh BN yang akhirnya digembar-gemburkan oleh media cetak dan eletronik sebagai berpunca daripada BA. Pengalaman pilihanraya Sarawak wajar menjadi panduan.

BN melantik Tan Sri Muhammad bin Mat Taib sebagai pengarah pilihanraya BN. Mengapa Mat Taib? Siapa tidak kenal Mat Taib? Bukankah beliau mempunyai pasukan pembuat kacau dan kaki provok yang akan merancang pelbagai insiden keganasan? Begitu juga Shahidan. Bukankah beliau mempunyai pasukan 'Gagak Hitam' yang semasa pilihanraya kecil Arau dimanfaatkan sebagai pasukan kaki pukul dan beliau sendiri pun memang tidak lekang dengan imej 'samseng'nya semenjak sekian lama? Diyakini BA mempunyai maklumat mengenai perkara ini dan telah merangka strategi menanganinya.

Kebanjiran petugas dan penyokong BA (termasuk pemerhati sepenuh masa) yang akan membanjiri Indera Kayangan juga amat membimbangkan. Kawasan Inderan Kayangan terlalu kecil. Mungkin hanya satu persepuluh (ada orang kata satu perduapuluh) daripada keluasan Lunas. Kalau Lunas boleh sesak sehingga tiada tempat meletak kaki, apatah Indera Kayangan. Pengurusan petugas dan penyokong yang efisyen supaya tidak menakutkan pengundi adalah penting. Masy arakat cina secara umumnya apatah lagi di Perlis terkenal dengan lemah-lembut dan bersopan-santun. Mereka hidup dikelilingi oleh orang Melayu Perlis yang terkenal dengan 'hemoi'. Perasaan dan sensitiviti mereka perlu dijaga kalau undi mereka ditagih oleh BA.

Walau apa pun, Allah bersama kita. Menang kalah bukan persoalan. Perjuangan mesti diteruskan. Kalau Kelantan boleh mengapa Perlis tak boleh. Kalau Terengganu dapat, takkan Perlis tak boleh dapat. Orang Perlis kata 'Peghelih buat buleh'. Menyusul perkembangan terbaru dalam siri-siri artikel akan datang. Insya-Allah.

Putera PAS Padang Besar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com