Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penggabungan dengan PRM tiada makna jika 'kumpulan ABIM' menarik diri: pemimpin PRM

KUALA Lumpur: Pemimpin veteran PRM Hassan Karim baru-baru ini membuat seruan terbuka kepada keADILan dan PRM supaya mengenepikan perbezaan pendapat melalui rencananya yang disiarkan di dalam malaysiakini.com.

Beliau menulis rencana itu dipercayai sebagai tindakbalas terhadap kebimbangan umum apabila presiden ABIM, Ahmad Azam membuat kenyataan terbuka bahawa ahli keADILan dari ABIM mungkin akan keluar parti itu akibat beberapa kejadian selepas PAT 3 di Kemaman baru-baru ini.

Menurut Saudara Hassan, kedua-dua parti telah banyak berkorban demi mempastikan penggabungan itu boleh berterusan. Malah menurut beliau, PRM sudahpun 'mempertaruhkan masa depannya' tanpa apa-apa cagaran apabila ia bersetuju untuk bergabung dengan keADILan, walaupun parti itu masih di dalam proses mendapatkan persetujuan ahlinya. Ia menunjukkan harapan dan komitmen PRM kepada penggabungan, kata beliau lagi.

Beliau juga mendedahkan bahawa walaupun ada kumpulan yang tidak bersetuju dengan penggabungan dengan keADILan, mereka tidak meluahkan perbezaan pendapat secara umum supaya ia tidak dapat dimanipulasikan pemerintah untuk menekan pembangkang.

Baru-baru, Malaysiakini melaporkan bahawa perbezaan pendapat sesetengah kumpulan di dalam keADILan telah menyebabkan berlakunya pergeseran, yang mengakibatkan persaingan sengit di dalam pemilihan pertama MPT tiga minggu lalu.

Mengulas mengenai parti yang baru diwujudkan nanti, beliau berpendapat kekuatannya datang daripada kepelbagaian kumpulan yang sama-sama bernaung di dalam parti itu.

Oleh sebab itu, terang beliau lagi, penggabungan itu tidak akan bermakna jika 'kumpulan ABIM' menarik diri setelah penggabungan kerana ia tidak akan mencapai matlamat penggabungan iaitu memperkuatkan barisan melalui penyatuan pelbagai kumpulan.

Malah, beliau berharap 'kumpulan ABIM' terus kekal agar ia boleh menjadi suara pengimbang yang melihat isu dari perspektif Islam bersama-sama pemimpin JIM di dalam keADILan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com