Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


USMAN AWANG TERPEDAYA?

Berikutan kembalinya Usman Awang, berkali-kali media yang dikuasai pemerintah menerbitkan gambar-gambar menunjukkan Usman bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang diambil di satu majlis anjuran Utusan Melayu.

Dua tahun lalu Zainuddin Mydin, semasa itu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, mengelolakan sebuah majlis membaca sajak kononnya untuk menghormati Usman Awang. Mengikut Syed Husin Ali, Zainuddin berkali-kali memujuk Usman supaya hadir. Usman memberikan berbagai- bagai alasan kerana beliau tidak boleh pergi – kesihatan, tidak sanggup naik tangga dan tidak tahan duduk lama dalam majlis. Akan tetapi Zainuddin berkeras dan berjanji akan melakukan apa saja supaya Usman selesa. Sebagai seorang yang berbudi tinggi, Usman tidak sampai hati dan tidak berdaya untuk menolak rayuan seperti ini, walaupun daripada seorang yang tidak begitu disenangi.

Usman sungguh terperanjat apabila melihat Mahathir hadir di majlis itu. Dia terpegun juga kerana Penerbitan Utusan, bertindak sendirian untuk mengisytiharkannya sebagai Seniman Agung. Hadiah sebanyak RM5000, suatu jumlah yang kecil dibandingkan dengan gelaran sebegitu besar, telah disampaikan dengan penuh upacara oleh Perdana Menteri. Kebetulannya pada ketika itu Mahathir merasa tertekan oleh sindiran serta kritikan dari Sasterawan Agung Datuk Shahnon Ahmad, melalui novel "Shit". Mahathir dan Zainuddin kelihatan mahu mendapatkan sangat sokongan daripada Usman yang sangat dihormati itu.

Mengikut Syed Husin selanjutnya, selepas upacara malang itu Usman memberitahu bahawa beliau merasa sedih kerana telah "terpedaya". Beliau tidak menyangka ada orang yang sanggup mengambil kesempatan daripadanya untuk membantu seorang pemimpin politik yang sudah kehilangan kredibiliti.

Tidak lama selepas itu Usman, dalam satu temu-ramah dengan seorang seniman muda, mengulangi kenyataan sedih itu.

Wartawan Suara PRM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com