UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PTPTN Membantu Menyusahkan Rakyat

oleh: AKUPUNYA

Apa sahaja dasar yang kononnya baik, jika tidak memberikan manfaat kepada kumpulan sasaran, sering ditempelak sebagai sesuatu yang hanya indah khabar dari rupa. Apakah fungsi kerajaan dalam menangani isu sebegini?

Pihak Pembangkang (BA) memang menentang penubuhan PTPTN sedari awal lagi kerana dasar-dasrnya bukan menjuruskan kepada penyelesaian masalah kewangan pelajar, malahan ada tangan-tangan yang mengambil kesempatan mendapatkan laba keatas penubuhannya.

Kira-kira 1,000 pelajar Universiti Malaya (UM) belum memperoleh wang pinjaman pendidikan mereka daripada Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - lewat tujuh minggu daripada tarikh sepatutnya. Sebaliknya, PTPTN dalam jawapan balasnya menegaskan wang dan senarai maklumat pelajar UM yang layak menerima pinjaman pada semester 2001/2002 sudah diserahkan kepada bendahari universiti itu serta Bumiputra-Commerce Bank Berhad (BCBB) selewat-lewatnya 7 Disember lalu.

Begitu juga dengan nasib pelajar lepasan Diploma Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang berjaya menyambung pelajaran secara terus pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti sama dan sekarang berada pada semester tiga pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Selepas menunggu lama dan ada antara mereka akan menamatkan pengajian pada semester ini masih tidak mendapat bayaran.

Alasan yang diberikan juga membuatkan mereka patah harapan dan semangat untuk meneruskan pengajian.

Mereka memerlukan banyak perbelanjaan kerana sudah memulakan tugasan membuat tesis dan kertas projek yang memerlukan wang yang banyak Tambahan pula mereka adalah daripada golongan bukan berada. Oleh itu, melalui PTPTN sajalah mereka mampu menyara hidup ketika berada di universiti. Ada antara ibu bapa mereka yang tua dan bekerja sebagai petani yang berpendapatan tidak seberapa.Sesetengah daripada mereka terpaksa mengharapkan bantuan daripada kawan, abang, kakak dan juga sanak saudara, tetapi sampai bila mereka harus berkeadaan sedemikian?

PTPN perlu mengkaji dan melihat semula segala kerja dan prosedur mereka dalam menguruskan kewangan pelajar kerana kesusahan dan kepahitan yang mereka tempuhi rasanya tidak berbaloi ditambah lagi dengan kos perkhidmatan ke atas baki pinjaman yang terpaksa dibayar kelak.

Pinjaman ini bukannya diberi PERCUMA kepada pelajar malahan mereka perlu membayar balik pinjaman bersama-sama dengan faedah atas pinjaman tersebut. Mereka memerlukan peruntukan di saat mereka perlu menggunakannya bukannya peruntukan datang setelah mereka tidak memerlukannya lagi. Ia samalah seperti orang yang dahaga yang memerlukan air di saat dan ketika itu juga bukannya setelah mereka hilang dahaga.

Bukankah seawal penubuhan PTPTN lagi sudah mendapat tentangan dari para pelajar, rakyat dan pembangkang sendiri. Mereka sudah menjangkakan berbagai-bagai masalah yang timbul dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak Kerajaan. Dari sinilah mereka dapat melihat dan merasai sejauh mana kejujuran dan keberkesanan usaha-usaha kerajaan untuk membantu rakyat mendapat bantuan pendidikan tertinggi yang ternyata “lebih sudu dari kuah”.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com