Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kenyataan Akhbar PUM berhubung resolusi Ijtima' Khas Ulama'

KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA
18 RAMADHAN 1422 / 4 DISEMBER 2001

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) amat menghargai sambutan dan kerjasama pihak media massa yang telah memberi liputan dan kerja sama bagi menyebarluaskan resolusi Ijtima' Khas Ulama' baru-baru ini. Kita berharap agar kerjasama dari semua pihak termasuk pihak kerajaan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa demi membela nasib umat Islam di mana sahaja mereka berada.

1.. Kita juga menegaskan bahawa Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) dan Persatuan Ulama' Kedah (PUK) senantiasa menjunjung ciri-ciri keutamaan rasionaliti dan aspek practicality dalam kenyataan dan perlaksanannya.

Sebagai contoh apabila Allah dan RasulNya memerintahkan umat Islam mematuhi al-Quran dan Hadis seluruhnya maka pernyataan itu tidak menafikan adanya ruang kekecualian dalam menunaikan tuntutan perintah itu menurut batasan-batasan kemungkinan dan keupayaan dan kudrat subjektif individu yang terlibat. Dengan demikian kenyataan menyeluruh al-Quran dan hadis yang menuntut umat Islam untuk masuk dan mengamalkan Islam secara menyeluruh adalah kenyataan yang tetap rasional dan bukan emosional. Demikianlah apabila terdapat dalam kenyataan resolusi kami suatu frasa yang pada zahirnya bersifat menyeluruh; namun ia tidak menafikan sudut-sudut kebijaksanaan yang perlu diikuti dalam melaksanakan tuntutan resolusi tersebut. Oleh itu resolusi PUM dan PUK adalah resolusi yang rasional serta waras.

2.. Perlu dinyatakan di sini bahawa segala resolusi yang dihasilkan dalam Ijtima' ini bukanlah fatwa dalam pengertian istilahnya, malah ianya tidak pernah dilabelkan oleh PUM sebagai fatwa. Resolusi tersebut jelas mengandungi tuntutan agar Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang untuk mengeluarkan fatwa khusus mengenai Afghanistan. Ini membayangkan penghargaan PUM dan PUK kepada peranan Jawatankuasa berkenaan dan penegasan bahawa pernyataan yang dibuat oleh PUM adalah berbentuk resolusi dan rumusan serta saranan persidangan Ijtima' Khas yang diadakan baru-baru ini. Oleh itu tidak timbul Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) mengambil alih peranan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebenarnya pernyataan resolusi tersebut adalah merupakan perlaksanaan terhadap kebebasan berbicara dan berpendapat yang diperuntukkan dan atau dilindungi oleh perlembagaan negara kita.

3.. Umat islam adalah umat yang bijak, pintar, bestari, cermat, teliti, konsisten, alim, wara' dan tidak gopoh sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis baginda. Oleh itu semangat hadis itu perlu diamalkan dalam memahami dan menghayati ketetapan resolusi 6, Ijtima' Khas Ulama Malaysia – Isu Afghanistan yang menyebut bahawa:

"Menetapkan; bahawa memulau semua barangan, perkhidmatan dan aktiviti social Amerika Syarikat adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh semua umat islam dan kempen ini harus disegerakan oleh semua pihak secara bersungguh-sungguh untuk menjayakannya".

Seruan tersebut hendaklah dihubungkaitkan dengan respons dan perlaksanaan yang bijaksana seperti yang dituntut. Jika ada sesiapa yang ingin melaksanakan tuntutan tersebut secara irrasional dan emosional serta memangsakan diri sendiri itu adalah kesilapan orang berkenaan dan ia bukanlah masalah PUM dan PUK.

Persatuan Ulama' Malaysia menyokong kenyataan dan resolusi ulama' Islam dan gerakan Islam di berbagai negara di dunia yang menyeru supaya semua umat islam berbuat demikian termasuk kenyataan Prof Dr.. Yusuf al-Qardawi dan tokoh-tokoh ulama' lain. Kita yakin mereka berfikir berdasarkan rasionaliti, emosi muslim yang prihatin dan prakticaliti saranan tersebut.

Hj. Abdul Ghani Samsudin
Yang Dipertua PUM
18 Ramadhan 1422 / 4 Disember 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com