UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenyataan Akhbar Terbuka Penafian Raja Komando Konspirasi Membunuh PM dan Abdullah Ahmad Badawi

Oleh : Raja Kamaruddin Bin Raja Ab Wahid (P.P.T, P.J.K, P.P.N)

Rujuk Akhbar "THE SUN" keluaran Tuesday December 25, 2001 bertajuk "PLOT TO KILL PM" Local politicians hire hitman to also assassinate Abdullah (muka surat hadapan).

"Saya menjangkakan yang saya akan ditahan oleh pihak polis pada bila-bila masa sahaja. Mereka akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau mereka akan dakwa saya dimahkamah dan tidak dibenarkan jamin"

Ini menunjukkan bahawa konspirasi terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang didedahkan oleh Raja Komando (Raja Kamaruddin) di Harakah, Video, Tape dan siaran TV oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) sedikit masa dahulu memaksa mereka (Konspirator) bertindak merancang untuk menghapuskan Raja Komando (Saksi penting dalam Kes Konspirasi DSAI).

Ingin saya mengimbas kembali sewaktu saya berada dalam mahkamah memberi keterangan konspirasi politik DSAI dihadapan Hakim Arifin Jaka. Diakhir perbicaraan yang Arif Ariffin Jaka mengatakan …………"Setelah mendengar keterangan daripada Raja ini; nampaknya konspirasi, macam- macam konspirasi ini adalah kerja Aziz Shamsuddin. Namun demikian terpulanglah kepada pihak pendakwa memanggil Aziz Shamsuddin untuk menafikan keterangan Raja ini. (namun demikian Aziz Shamsuddin takut menghadirkan diri dimahkamah).

Saya menafikan fitnah atau tuduhan bahawa saya diupah oleh mana-mana pihak atau ahl politik tempatan untuk melakukan konspirasi membunuh PM dan Pak Lah. Saya telah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada YB Datin Presiden Parti dan Ketua Perhubungan Negeri Selangor iaitu Sdr YB Azmin Ali untuk berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan kepada akhbar dan pemberita The SUN. Saya memberi tempoh dua minggu kepda pihak yang bertanggungjawab membuktikan pertuduhan tersebut.

Menikut keterangan dan maklumat yang disiarkan oleh akhbar terbabit, Polis telah memdapat maklumat bahawa satu rancangan untuk menbunuh Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi telah diperolehi. Selain dari itu maklumat yang diperolehi oleh akhbar tersebut mengatakan seorang Pembunuh Upahan (HITMAN) menggunakan nama samaran "RAJA KOMANDO" untuk membunuh Mahathir dan Pak Lah.

Persoalan pokok yang saya ketengahkan disini ialah kenapa nama samaran itu "Raja Komando"?? Adakah ini secara kebetulan?? Atau dengan sengaja ada agenda tersembunyi untuk memerangkap saya?? Menangkap saya dibawah ISA supaya saya tidak lagi dapat berceramah untuk mendedahkan kisah benar pakatan jahat (konspirasi) untuk menjatuhkan DSAI yang diketuai oleh Aziz Shamsuddin (Timbalan Menteri Pendidikan).

Tindakan akhbar tersebut menyiarkan berita yang penuh dengan kontroversi jelas memperlihatkan bahawa kerajaan BN khususnya Mahathir didalam ketakutan dan dihantui oleh bayang-bayangnya sendiri. Saya cukup yakin berita tersebut disiarkan atas arahan politik pihak atasan untuk tujuan politik didalam kekalutan BN menghadapi pilihanraya DUN Indera Kayangan.

Saya sebagai satu-satunya saksi yang turut terlibat dalam kumpulan yang merancang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dirasakan tidak harus terus bebas menyebar kebenaran komspirasi yang didalangi oleh Aziz Shamsuddin. Apabila pihak polis sendiri mengeluarkan kenyataan melalui TV bahawa berita tersebut adalah satu fitnah dan tidak bertanggungjawab, maka saya mengambil tindakan untuk membuat satu laporan polis jika perlu, untuk melindungi keselamatan diri saya.

Yang benar,

Raja Kamaruddin Bin Raja Ab Wahid
Timbalan Ketua Bahagian KeADILan
Bahagian
Shah Alam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com