UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Peluang BA tunjukkan kehebatan di mata rakyat

Pilihanraya yang bakal diadakan di Indera Kayangan, Perlis tidak beberapa lama lagi perlu diambil kesempatan oleh semua reformist dan penyokong2 BA untuk menunjukkan kehebatan kita. Mungkin ramai yang merasa perjuangan reformist telah pudar dan makin lemah oleh pelbagai isu yang menimpa seperti pergolakan dalam pemilihan KeADILan, penangkapan ISA dan larangan berceramah. Ayuh! reformist sekalian, tunjukkan semangat juang kental yang kita ada. Perjuangan kita masih belum selesai. Lawan tetap lawan.

Buat para pemimpin reformist (PAS, KeADILan dan PRM), ayuh marakkan bara yang ada. Saya pasti, kalau pemimpin BA cuba menjadi politican yg pasif seperti di zaman2 70 dan 80 an, mungkin 2004 masih berpihak kepada BN. Tukarlah cara kita kepada yang lebih aktif dan aggresif. BN mempunyai peralatan yang lengkap untuk menghadapi kita (polis, askar, media dan wang). Hanya dengan cara yang aktif dan agressive sahaja dapat melawan tipu muslihat BN ini.

Manakah perginya bendera2 BA yang banyak berkibar dulu. Ayuh, kibarkan semula. 2004 bakal menjelang. Semangat BA patut dinyalakan dari sekarang. Indera Kayangan menjadi titik permulaan. Hutang yang lama pasti akan diLUNASkan lagi.

Dari,
Reformist Bukit Rimau






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com