Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Respon Artikel "Sensasi aidilfitri dari Masjid Negara" 19 Dis. 2001

Assalamualaikum,

Saya tertarik untuk menegur demi kebaikan bersama berkenaan dengan artikel ini yang ditulis oleh Cucu Mat Kilau , Kuantan.

Apakah benar seorang mufti terlupa membaca takbir dalam sembahyang sunat Hari Raya? Benarkah ini yang berlaku? Kalau benar2 berlaku tidak apa lah artikel ini di siarkan.

Petikan dari artikel ini " Selepas Fatihah, Imam terus sahaja membaca surah Lazim tanpa mengangkat takbir dan tasbih sebanyak 7 kali "

Saya ingin menegur mengenai tulisan "Cucu Mat Kilau" ini, Takbir dan Tasbih 7 kali sepatutnya dibaca sebelum Surah Alfatihah dan bukannya selepas seperti yang di tulis dalam artikel ini.

Saya harap kita perlu meneliti setiap artikel yang di hantar sebelum disiarkan dalam laman web . Web Tranung Kita bukan web tabloid yang menyiarkan gossip. Jadi yang di siarkan biarlah apa yang benar2 berlaku bukan khabar angin dan bukan tuduhan yang tidak benar.

Mungkinkah ini typo error atau pun Cucu Mat Kilau memang salah faham. Atau mungkinkah saya yang salah. Setelah membuat rujukan, saya yakin saya benar.

Sila maklumkan kepada saya sekiranya saya yang salah.

Wallahhualam...

Khairrul Anuar.
USA.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com