Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penjelasan tentang e-mel "Sensasi Aidilfitri Dari Masjid Negara"

Assalamualaikum

Saya ingin memberi respon tentang e-mel "Sensasi Aidilfitri Dari Masjid Negara"

Selaku salah seorang ahli jemaah sewaktu solat sunat 'Id al Fitri di Masjid Negara, saya mendapati tidak berlaku kesilapan dalam masa penunaian solat tersebut oleh Sahibus Samahah Dato' Mufti Wilayah Persekutuan.

Tentang masalah imam terlupa takbir dan tasbih yang ditimbulkan, sebenarnya tidak berlaku hal yang demikian. Lagipun, mengikut hadis-hadis Rasulullah yang sahih, takbir itu perlulah dilakukan sebelum membaca surah al Fatihah. Manakala, tasbih dibaca sebagai bacaan selangan antara takbir-takbir tersebut. Kononnya Ustaz Pirdaus menerangkan hal yang berlainan dari kaifiyat di atas adalah diragui.

Untuk pengetahuan semua, Sahibus Samahah Mufti sebenarnya tidak berhajat untuk menjadi Imam dan Khatib pada hari tersebut. Memandangkan keilmuannya serta kekananan jawatannya dalam pentadbiran agama Islam di Wilayah Persekutuan, maka mengikut protokol, beliau perlu mengetuai upacara tersebut. Ini adalah amalan biasa dalam upacara keagamaan apatahlagi ianya bersifat rasmi.

Perlu juga diterangkan bahawa Ust Pirdaus bukanlah Imam Besar Masjid Negara tetapi Imam Besar ialah Ust Abdul Jalil Daeng Prangreng. Namun atas hal yang tidak dapat dielakkan, jawatan itu sekarang dipangku oleh Ust Wan Halim Wan Harun, Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti W/Persekutuan

Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi maklumat yang sebenar serta mengelakkan salah tanggapan terhadap institusi mufti di negara ini.

RIZAL ZAHARI
Guru Takmir
Jabatan Perdana Menteri






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com