Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Malaysia: Negara Islam Dan Negara Demokrasi, Layakkah?

Dr Mahathir yang ditabal menjadi PM mengantikan Tun Hussien pada tahun 1982 dulu. Hari ini masanya jadi PM sudah 20 tahun. Tiba-tiba baru tahun 2001 ini baru dia teringat mahu isytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, cara dia isytihar itupun cukup kontroversial. Habis sekutu-sekutunya dalam BN diheret untuk mengiyakan 'negara Islam Malaysia' yang diwar-warkannya keseluruh pelusuk dunia. Apa lagi kaki-kaki ampunya sama ada di dalam media elektronik atau media cetak bertalu-talu, malah berulang-ulang disiarkan dengan memetik beberapa kenyataan pak-pak menteri yang mentalitinya lebih kurang sama dengan mentaliti Dr Mahathir, persidangan Parti Gerakan antara pentas perisytiharan, Universiti Oxford juga iktiraf Malaysia 'negara Islam". Nak sebut satu demi satu kenyataan berupa sokongan kepada perisytiharan itu oleh menteri-menteri sama otak atau sama jiwa dengannya, jenuh tulis. Golongan ulama dan cendikiawan Islampun turut diheret bagi mengesahkan dakwaan dalam perisytiharan PM yang baru dapat ilham dihujung hayat pemerintahannya. Kenapa tidak isytihar lebih awal dari itu. Belum dapat ilham... sebagaimana olah atau riak dia ketika orang tanya pasal bila tarikh pilihanraya umum tahun 1999 dulu, katanya kepada sekalian wartawan 'belum dapat ilham lagi'. Bila lagi ilhamnya untuk isytihar dalam Parlimen. Rakyat menunggu, beranikah si nyannyuk itu berisytihar menabalkan Malaysia adalah sebuah 'negara Islam'...Tunggu saja dia dapat ilham...

Kenapa tidak isytihar dalam Parlimen. Sekadar jerit sana-sini diluar bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam belum cukup. Seperti kata Peguam Hanifa Maidin, mengisytihar Malaysia sebagai 'negara Islam' seperti orang mengisytihar kereta lembu adalah sebuah 'kereta mercedes'. Apakah anda boleh percaya. Sebab buktinya kereta lembu itu sudah pakai roda mercedes, pakai lambang mercedes, pakai badan mercedes dan sebagainya tapi masih lembu menjadi jentera, injin atau penariknya. Atau kerana sebahagian daripada kereta lembu itu adalah kompenan kereta mercedes maka wajar ia diisytihar sebagai sebuah kereta mercedes. Itulah logik akal Dr Mahathir melihat 'negara Islam' dapat kita gambarkan.

Benarkah Malaysia 'negara Islam' Atau Sekadar Satu Ilham Politik Mahathir?

Tanyalah siapa juga umat Islam di Malaysia ini, hatta mereka yang jahilpun atau mereka yang separuh faham tentang kebaikan 'negara Islam' serta ajaran Islam tentu akan turut gembira dengan pengisytiharan Mahathir itu. Tetapi pengisytiharan itu sekadar menyemburkan liur basi Mahathir, bayangkan dalam tempoh 20 tahun dia jadi PM baru sekarang dia tersedar mahu isytihar Malaysia 'negara Islam'. Cara perisytiharan itupun meragukan, seperti orang ketakutan antara isytihar atau tidak. Semangat 'negara Islam' yang sebenarnya dalam perisytiharan itu juga tidak kelihatan langsung, walaupun media-media pengampu membesar-besarkan isu yang terhasil dari liur basi Mahathir.

Kita baru menganalisa hal-hal remeh tentang perisytiharan 'negara Islam' itu. Sebenar-benarnya ia adalah satu perisytiharan yang 'kosong' tanpa semangat dan tidak memberi apa-apa makna kepada umat Islam di Malaysia. Yang mengisytiharkan pun otak, hati dan akalnya 'kosong' daripada segala ciri dan sifat sebenar sebuah negara Islam. Perisytiharan sekadar gimik atau polemik yang sangat-sangat mengelirukan rakyat Malaysia yang majmuk. Satu tipu helah, bagi menggambarkan 'negara Islam' itu lihatnya macam Malaysia yang berperdana menterikan Mahathir yang hanya al-Qur'an terjemahan bahasa English, isteri dan anak-anak perempuan tutup aurat musim orang besar mati saja. Itulah gambaran negara Islam ala Malaysia made in UMNO/BN/Mahathir. Cukupnya untuk mengisytiharkan Malaysia 'negara Islam' dengan meletakkan beberapa kalimat Islam dalam Perlembagaan Negara 'Islam agama rasmi negara' tapi segala undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Negara hatta perundangan bersumberkan al-Qur'an dan Sunnah yang tidak sesuai dengan roh Perlembagaan juga automatik terbatal, itukah namanya sebuah 'negara Islam'. Sepatutnya al-Qur'an dan Sunnah diangkat menjadi Perlembagaan tertinggi Negara andai benar Malaysia sebuah negara Islam.

Nama Islam pada persatuan dan partipun hendak ditanggalkan. Apakah itu roh sebuah negara Islam. Parti Islam dan umat Islam yang mahu mengambil bahagian dalam pilihanraya secara demokrasipun mati-matian dicari jalan untuk menghalang dan menyekat perkembangan pengaruh parti Islam di bumi Malaysia yang bernama sebuah 'negara Islam'. Sebagaimana Algeria mengharamkan parti Islam yang hampir menang, di Turki menghalang ahli Parlimen wanita Islamnya yang memakai tudung dari memasuki Parlimen. Apakah hala tuju Malaysia sebagai sebuah 'negara Islam' akhirnya nanti?.

Malaysia Juga Adalah Negara Demokrasi, Betulkah?

Betul, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Setiap lima tahun pilihanraya diadakan membuka kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan menerejui kerajaan sebagai pemerintah. Lebih 40 tahun Malaysia merdeka dan sudah 10 kali pilihanraya umum diadakan UMNO/BN masih menjadi jaguh demokrasi di Malaysia.

Rakyat menyoal demokrasi apa? ala demokrasi apa yang dijalankan di Malaysia hari ini. Dengan segala bentuk amalan demokrasi disempitkan. Ceramah politik disekat, pemimpin pembangkang diISAkan, ditangkap, diugut dan dipenjarakan. Rakyat diugut, ditakut-takutkan dan dilarang dari menghadiri ceramah politik pembangkang. Media apatah lagi, kalau boleh semua media pembangkang atau pro pembangkang mesti ditutup, dirampas dan para wartawan, penulis dan aktivis pro pembangkang ditangkap, disiasat semahunya dan pelbagai lagi bentuk sekatan yang melanggar lunas-lunas demokrasi dilakukan oleh parti pemerintah. Tapi masih UMNO/BN mendakwa mereka mengamalkan demokrasi.

Sebaliknya, media pro parti kerajaan dibebaskan sebebas-bebasnya untuk melapor apa saja berita untuk tujuan memfitnah pembangkang. RTM adalah raja penyebar fitnah nombor satu di Malaysia sekarang yang diketuai oleh Datuk Khalil bekas MB Pahang yang bermasalah...dengan dibantu oleh Senator Datuk Zainuddin Maidin (ZAM...Zam ala kazam...), mereka tidak berasa berdosa menyebar berita lebih banyak fitnah dalam dokumentari tentang dua negeri yang dikuasai oleh PAS/BA Kelantan dan Terengganu. Mereka tipu rakyat hidup-hidup mengenai negeri Kelantan. Diumum dalam radio dan TV bila tarikh, masa, jam dan hari dokumentari itu akan diulang siar. Apakah rakyat Malaysia mahu ditipu hidup-hidup oleh UMNO/BN lagi demi memuaskan hati mereka agar rakyat Malaysia yang tidak pernah melawat kedua negeri itu terpengaruh dengan propaganda lapuk dan basi UMNO/BN.

Ayuh!!! rakyat Malaysia kita tengok, dengar, lihat dan baca segala yang dihidangkan oleh media pengampu UMNO/BN...Tapi jangan TERPENGARUH dengan kebijaksanaan anda. Anda mesti nilai dulu kebenaran semua propaganda yang dimainkan oleh media pengampu UMNO/BN?Mahathir itu. Kecuali yang anda lihat sendiri dengan mata kepala anda atau yang disampaikan oleh mereka yang boleh dipercayai, bukan kalangan mereka pengampu atau penjilat Mahathir dan Pak Lah Badwi.

Sakit hati kita melihat lakonan para pemimpin UMNO/BN yang berkepalakan Mahathir dengan gaya hidup, kepimpinan, keangkuhan, ego dan kebodohan yang mereka tidak sedari.

Peringatan kepada para pemimpin BA, PAS, KeADILan, PRM dan pembangkang lain DAP agar jangan menjadi macam para pemimpin UMNO/BN. Jadilah pemimpin yang berwatak pemimpin sebenar tawaduk, tidak ego, mendekati rakyat dengan ikhlas dan mempergunakan budaya ilmu bagi melengkapkan peribadi pimpinan.

Ibn Sabah,
Kota Kinabalu,
30.11.2001M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com